Lagenda Pelumba MotoGP, Mick Doohan

Umum mengetahui MotoGP adalah sukan permotoran dua roda paling berprestij di dunia. MotoGP telah melahirkan ramai jaguh-jaguh dan lagenda dalam sukan permotaran ini.

Diantara lagenda MotoGP yang terkenal adalah Mick Doohan atau nama sebenar beliau Micheal Sydney Doohan AM. Doohan adalah pelumba hebat yang berasal dari Australia. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa beliau tempuhi sebelum bergelar juara dunia  500cc.

Perlumbaan pertama beliau adalah pada tahun 1989 di grand prix Jepun yang mana pada ketika itu beliau bersama pasukan Rothmans Honda. 

Pada tahun 1992, ketika perlumbaan di litar Assen Belanda, Doohan mengalami kemalangan yang agak serius sehinggakan doktor yang merawat Doohan mahu memotong kaki beliau untuk menyelamatkan nyawa beliau, namun kaki beliau dapat di selamatkan oleh seorang doktor dari Itali. 

Semasa dalam tempoh pemulihan pada tahun 1993, Doohan memenangi perlumbaan di GPmugello, namun beliau tidak meneruskan perlumbaan sehingga penamat musim 1993 disebabkan kecederaan yang beliau alami.

Walaupun dalam proses pemulihan, pada tahun 1994 doohan terus cemerlang dan menunjukkan prestasi terbaik beliau. Pada tahun tersebut Doohan berjaya mencipta nama selaku juara dunia 500cc. Tanpa menoleh kebelakang Mick Doohan berjaya memenangi gelaran juara dunia 500cc 5 kali berturut-turut dari tahun 94 hingga 1998.

Sekali lagi Doohan ditimpa kemalangan ketika perlumbaan di Sepanyol pada tahun 1999. Kecederaan yang beliau alami kali ini membuatkan beliau bersara dari lapangan MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us