Martin masih dahagakan kerusi Kilang?

Jorge Martin akhirnya perlu akur apabila tidak mendapat tempat di Pasukan Kilang akibat persaingnya iaitu Enea Bastianini telah dipilih untuk mengisi kerusi tersebut.

Walaupun Ducati memilih orang yang tepat, namun musuh sebenar di Ducati mungkin Jorge Martin. Martin dikhabarkan tidak gembira dengan keputusan tersebut dan merasakan beliau masih layak untuk mendapatkan tempat tersebut.

Walaupun beliau adalah pelumba terpantas dalam sesi Qualifying, dan Fastest lap, ianya masih belum dapat meyakinkan petinggi Ducati untuk mengambilnya kerana prestasinya yang kurang konsisten berbanding Enea.

Justeru, datangya gossip liar yang menyatakan ada rundingan telah dibuat antara Lin Jarvis dan Martin tentang kebarangkaliannya berada di Yamaha. Rundingan telah pun bermula dengan bos Yamaha Lin Jarvis mengenai pertukaran dalam masa setahun, menurut Men On Wheels.

Walaupun dahagakan tempat di Kilang, Martin akan menunggu masanya untuk memahami bagaimana M1 akan berkembang untuk beberapa perlumbaan pertama pada 2023.

Beliau kini mungkin masih berada di atas jentera yang mampu bertarung untuk kejuaraan tetapi, dalam masa yang sama Martin mungkin akan berfikir masak-masak kerana melihat motosikal Yamaha yang berprestasi rendah menjejaskan kejuaraan Fabio Quartararo seperti musim lalu.

Kontrak Martin dengan Ducati hanya bertahan sehingga 2023. Ini salah satu sebab Yamaha sudah mula bercakap di telinganya. Franco Morbidelli adalah pelumba Yamaha yang mungkin akan kehilangan tempatnya di Pasukan Jepun tersebut tetapi dia mungkinmempunya backup plan.

Sekiranya Martin pergi ke Yamaha, Pramac Racing mahu menggantikannya dengan Marco Bezzecchi yang kini mewakili Pasukan Perlumbaan Mooney VR46. Dalam masa yang sama, Nasib Morbidelli, seorang graduan VR46, dengan mudah akan mendapat tempat ke dalam pasukan Mooney VR46 pada tahun 2024 dengan mudah.

Sumber: Crash.net

Comments

Follow Us