MotoE Tiada Gear

MOTO E tiada gear

Era EV kenderaan mula menembusi arena perlumbaan dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selepas kehadiran Formula E pada 2014, kenderaan berkuasa elektrik juga telah mula dipertandingkan dalam kejohanan perlumbaan motosikal dunia MotoGP mulai 2019.

Di arena MotoGP, kelas motosikal elektrik ini diberi nama sebagai MotoE. Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara MotoE dan motosikal berenjin konvensional. Kerana dikuasakan oleh elektrik, motor ini tidak mempunyai muffler. Tiada sebarang pelepasan gas yang terhasil oleh jentera ini jadi ianya dianggap mesra alam.

Apabila dilihat dari bahagian hadapan terutama pada bahagian hendal , anda akan perasan tiada langsung pelaras klac pada hendal bahagian kiri. Ini sangat berbeza dengan motosikal lumba secara umumnya, yang mempunyai klac kerana transmisi manual. Selain itu, MotoE juga tidak mempunyai kotak gear.  Sebaliknya, motosikal ini membawa bateri berkapasiti 18 Kwj.

Pada musim 2019 jentera daripada Egernica diperkenalkan dan digunakan dalam perlumbaan, namun bagi perlumbaan MotoE untuk kempen 2023 kali ini, jentera daripada Ducati akan digunakan setelah 4 musim jentera daripada Egernica itu digunakan oleh semua pasukan. Sebelum ini, kelajuan maksimum yang dihasilkan oleh jentera daripada Egernica adalah sebanyak 270km/j manakala kelajuan maksimum jentera daripada Ducati kali ini dipertingkatkan kepada 275km/j. Ini menunjukkan ada pertambahan kuasa yg dihasilkan daripada jentera Ducati.

Kesemua pasukan akan menggunakan spesifikasi yang sama daripada Ducati. Adakah kita akan melihat perlumbaan MotoE ini lebih kompetetif dan lebih berdaya saing daripada musim-musim sebelumnya?. Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷Ducati


Comments

Follow Us