Pasukan Honda Repsol tukar jenama pakaian lagi

 


Selepas 4 tahun bersama Alpinestar, kini pasukan Repsol Honda menukar jenama pakaian kru mereka kepada Castore. 

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama mereka menukar jenama pakaian pasukan mereka. Jika kita kira bermula dari Marc Marquez masuk ke Factory Honda, ini kali ke 3 mereka menukar jenama pakaian mereka. 

Bermula 2013 sehingga 2016, mereka memakai jenama Gas iaitu salah satu jenama eropah yang kini fokus membuat barangan fashion terutama berasakan Jeans. 


Selepas itu, pasukan Honda menukar pakaian kru mereka kepada jenama Pull&Bear iaitu salah satu jenama fashion terkenal juga. Namun kerjasama ini hanya berkekalan sehingga 2 tahun sehingga 2018. 

Bermula 2019, kedatangan bintang MotoGP baharu ke kem Honda, Jorge Lorenzo, pasukan mereka menukar jenamanya dengan Alpinestar. Kali ini, jenama tersebut lebih fokus ke arah pakaian perlumbaan berbeza dengan jenama sebelum ini yang datang daripada dunia Fashion. Kerjasama tersebut kekal sehingga 4 tahun dan berakhir pada 2022. 


Terbaharu, untuk 2023, mereka menukar jenama pakaian kepada jenama Castore. Jenama ini mungkin asing bagi peminat Malaysia kerana jarang kita dengar. 

Castore adalah salah satu jenama pakaian yang membuat barangan sukan yang berpangkalan di Manchester. Mengikut laman web, mereka boleh menghantar pesanan ke Malaysia dan setakat ini, jumlah order yang dibuat ke Malaysia sekitar RM 535,00.00. 

Comments

Follow Us