Paton Moto - Nama Yang Jarang Didengar

 


Paton Moto, nama yang jarang kita dengar di dunia perlumbaan dua roda ataupun di kedai-kedai Motorsikal walaupun ianya antara jenama yang gah di Itali.

Sejak 1958, kilang Paton telah mereka bentuk dan mengeluarkan motosikal lumba beserta objektif yang jelas iaitu untuk menyediakan penunggang motosikal dengan jentera yang berprestasi tinggi, mudah dikendalikan serta tampak menarik.

Diasaskan oleh Giuseppe Pattoni, Paton sejak awal telah memainkan peranan utama dalam perlumbaan seperti didalam MotoGP dengan pelumba-pelumba hebat, antaranya Mike Hailwood, Angelo Bergamonti, Roberto Gallina, Virginio Ferrari, Lucio Pedercini dan lain-lain.

Pada penghujung 2016 Paton telah diperoleh oleh SC-Project, pengeluar terkemuka sistem ekzos untuk motosikal dibawah pemilik baharu, Stefano Lavazza dan Marco De Rossi. Mereka mencuba untuk membawa Paton kembali kepada dunia perlumbaan dan pada tahun 2017 menyaksikan versi diubahsuai bagi Paton S1-R bersaing untuk TT dengan Stefano Bonetti dan Michael Rutter serta membawa pulang kemenangan bersejarah. Mereka terus mengulagi kejayaan dalam acara yang sama.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us