- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Ducati GP23 MotoGP dan Ducati Panigale V4R Aruba.it WSBK 2023 rasmi dilancarkan sebentar tadi.
Seperti yang di terbocor sebelum ini, Duo Champion Ducati MotoGP dan WSBK masing-masing akhirnya akan menggunakan nombor 1 untuk musim ini. Ditemuramah oleh juruhebah di acara tersebut, ternyata penggunaan nombor 1 bukanlah atas desakan sesiapa malah, Juara dunia 2022, Francesco Bagnaia atau lebih mesra dipanggil Pecco, memang sudah lama mengimpikan untuk memakai nombor tersebut jika diberi peluang.
Pecco berkata, beliau sangat mengagumi mana-mana pelumba yang berani memakai Nombor 1 kerana bagi pendapatnya, setiap juara dunia memang layak memakai nombor tersebut dan dengan nombor itu ianya akan memberi gambaran siapa pelumba itu yang sebenarnya. Walaubagaimanapun, nombor 63 tetap menjadi pujaan hatinya dan beliau sendiri masih meletakkan nombor tersebut dalam nombor 1 serta di helmet dan handle bar.
Pendapat yang sama diberikan oleh juara dunia WSBK 2022, Alvaro Bautista yang berkata Ducati memang layak untuk menggunakan nombor ini di jentera mereka setelah apa yang mereka usahakan selama ini.
Dari segi Design GP23 pula, warna Merah masih mendominasi jentera musim ini menjadi simbolik Ducati buat tahun tahun terakhir. Kedatangan penaja minuman air bertenaga, Monster Energy akan melengkapkan skuat tersebut untuk mempertahankan kejuaraan dunia musim ini.
Dengan kerjasama ini, maka secara rasmi Enea Bastianini meninggalkan Red Bull dan beralih kepada Monster Energy.
Apa pendapat anda? Cun tak?
Sumber : Ducati
Teruskan Bersama Two Wheels!
#tw #twmedia #motogp #mgpm
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment