Pelumba Nombor 69, Nicky Hayden

 

69 Hari lagi menuju Motogp

Nicky Hayden mula berlumba seawal 17 tahun. Melangkah ke dunia perlumbaan, ‘AMA Formula Extreme’ menjadi titik permulaan buat beliau. Usaha bersungguh-sungguh tanpa putus asa akhirnya membuahkan hasil. 

Nombor perlumbaan tradisinya, 69 dipilih kerana itu merupakan nombor yang pernah digunakan ayahnya. Semasa di sekolah tinggi Hayden berlumba Honda RC45 Superbikes dan pernah bersama privateer Honda dia menjadi juara dalam AMA Supersport Championship pada 1999. Selepas hanya dua perlumbaan dengan Honda Amerika di World Superbikes, Hayden dipikat oleh pasukan Repsol Honda MotoGP pada 2003 menjadikan beliau rakan sepasukan bersama lagenda MotoGP Valentino Rossi.

Beliau berjaya menduduki tempat ke-5 dalam kedudukan kejuaraan dunia membolehkan beliau merangkul anugerah 'Rookie Of the Year'.

Pada tahun 2006, beliau berlumba pada litar terakhir kejuaraan pada tahun itu dimana nicky ketinggalan 8 mata dibelakang Rossi yang telah berpindah ke Yamaha, tetapi Nicky berjaya merangkul kejuaraan itu selepas Rossi terbabas pada pusingan ke-5 perlumbaan.

Pada tahun 2017, Nicky mengalami kemalangan berlanggar dengan sebuah kereta ketika menjalani latihan berbasikal di Rimini. Mendiang mengalami kecederaan di bahagian dada dan kepala dan telah dipindahkan ke unit rawatan rapi di Hospital Bufalini. Kecederaannya sangat teruk sehingga memaksa pakar perubatan mengenakan alat bantuan pernafasan terhadapnya. Hayden meninggal dunia pada 22 Mei 2017, 5 hari selepas kemalangan itu.

Mendiang Hayden dianugerahkan Lagenda MotoGP oleh FIM pada 2015 dan nama beliau juga terpahat di “AMA Motorcycle Hall Of Fame” pada 2018 setahun selepas kematiannya malah terdapat cuti rasmi pada setiap 6 Jun iaitu “Nicky Hayden Day” di daerah Owensboro. Beliau antara kebanggaan rakyat Amerika Syarikat ketika itu dan hingga masa kini.

#TW #TwoWheels #NickyHayden #69 #NH69 #TheKentuckyKid #MotoGP #Legends #AMAracing #AMAmotorcycle #wemissyou #RIP

Comments

Follow Us