Pelumba Nombor 81, Jordi Torres

 


81 hari lagi menuju MotoGP

Jordi Torres atau nama sebenar Jordi Torres Fernandez lahir pada tanggal 27 Ogos 1987 merupakan seorang pelumba Grand Prix berasal dari Sepanyol. 

Sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi, beliau pernah memenangi perlumbaan sebanyak 2 kali di kejuaraan CEV. Sebelum beliau berlumba di CEV, beliau jugak aktif berlumba di kelas Supersport dan Stock Extreme.

Setelah perjalanan panjang kariernya bermula 2011, Nama beliau kembali disebut-sebut ketika beliau berjaya memenangi perlumbaan GP German pada tahun 2013.

Prestasi kurang baik di kejuaraan Grand Prix, beliau beralih ke kejohanan WSBK bersama jentera Aprilia berjaya merebut kemenangan di perlumbaan akhir tahun 2015. selepas itu beliau berpindah ke pasukan lain dengan Jentera BMW pada tahun 2016-2017, seterusnya dengan MV Agusta pada tahun 2018.

Pernah menjadi pelumba pasukan Avintia Ducati menggantikan Tito Rabat yang cedera pada tahun 2018. Walaupun rekod tidaklah menjanjikan dimata pengurus pasukan namun beliau diberi kepercayaan dengan berlumba bersama pasukan Pons Racing dalam kelas baharu MotoE. 

Pada tahun 2020 dan 2021, beliau adalah juara dunia MotoE bersama pasukan Pons Racing 40 dengan memakai nombor 40. 

#twowheels #twmedia #twracing #jorditorres #jt81 #motogp #motogpcountdown #MGPM

Comments

Follow Us