Pelumba nombor 82, Mika Kallio

 


82 hari lagi menuju MotoGP

Mika Kallio dilahirkan pada tanggal 8 November 1982 ialah pelumba motosikal Grand Prix yang berasal daripada Finland, yang kini berkhidmat sebagai ujian utama dan pelumba pembangunan untuk pasukan Red Bull KTM dalam MotoGP.  Beliau memulakan kerjayanya dalam Kejohanan Dunia 125cc dengan pasukan rookie Finland Ajo Motorsport pada Grand Prix Jerman 2001 dan telah dianugerahkan "Rookie of the Year" dengan pasukan itu pada tahun 2002.

Selepas berpindah ke pasukan Red Bull KTM Factory Racing pada musim 2003, beliau mendapat naib juara keseluruhan dalam kelas 125cc pada tahun 2005 dan 2006, dan juga meraih naib juara dalam Kejohanan Dunia Moto2 2014.

Pada 2009 beliau naik ke kelas MotoGP (800cc) bersama pasukan Pramac Ducati selepas menduduki tempat ke 3 keseluruhan 250cc. Tahun pertama beliau di MotoGP berjaya merangkul gelaran Rookie Of The Year pada tahun tersebut. Beliau juga pernah membuat penampilan pertama bersama Ducati kilang. 

Selepas berhenti dari menjadi pelumba rasmi di kelas Moto2, beliau menjadi pelumba ujian KTM sejak tahun 2016 semenjak KTM bersaing di kelas MotoGP. Pelumba tempat ke 2 125cc, tempat ke 3 250cc 2008 dan tempat 2 Moto2 2014 ini masih lagi bersama-sama Dani Pedrosa sebagai pelumba ujian KTM untuk musim ini. 

#twowheels #twmedia #twracing #motogp #ktm #redbull #redbullktmfactoryracing #mikakallio #mk36Ok 

Comments

Follow Us