General Motors Bayar $450 Juta kepada F1

Perodua Axia Serba Baharu kini dibuka untuk tempahan, Harga Bermula RM38.6K


Model yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu Perodua Axia Versi baharu menggantikan model lama. 

Dengan kempen ‘serba baharu’ Axia untuk kali ini nampaknya bakal ada perubahan besar-besaran. Kini model ini sedia untuk menerima tempahan. 

Dikelola dibawah program DNGA (Daihatsu New Global Architecture) model ini beri kod nama D74A. untuk model ini masih lagi tiada Turbo. 

Axia baharu ini akan dikuasakan dengan talaan enjin EEV bersama D-CVT, 1.0L VVT-i enjin mampu mengeluarkan 67 Hp dan 91 Nm of Tork. 

Dengan gearbox terbaharu, Perodua claim kini penggunaan minyak mampu mencapai sehingga 26.3ml, atau lebih daripada 27.4km/l dengan mode Eco dan sistem auto start-stop. 

Lampu Axia pula bakal dipadankan dengan LED DRLs lampu siang dengan lebih menarik berbanding model sebelumnya. Warna yang ditawarkan ada 5 pilihan. 

Model kali ini akan lebih selamat dengan mempunyai 6 airbag. Ditambah pula dengan infotainment skrin bersaiz 9 inci dan skrin skluster 7 inci. 

Anggaran harga untuk model G ialah RM38,600, RM40,000 untuk X, RM44,000 untuk SE dan RM49,500 varian paling tinggi

Apa yang menariknya, walaupun dibawah program Daihatsu, Perodua lebih awal dilancarkan berbanding kembarnya yang akan keluar selepas Perodua. 

Ada yang dah ushar-ushar ke tu? Teruskan bersama Two Wheels!






Comments

Follow Us