- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa pasukan Barni Ducati Racing telah menjadi tonggak utama dalam grid WorldSBK sejak 2014. Namun, sepanjang bersaing di kejuaraan dunia WSBK, pasukan itu boleh dikatakan tidak pernah mempunyai penunggang berkaliber seperti Petrucci.
Selepas menduduki tempat kedua dibelakang Jake Gagne di kejuaraan MotoAmerica musim lalu, Petrucci memutuskan untuk kembali ke pentas dunia selepas bersetuju dengan kontrak setahun bersama Barni Spark Racing Ducati.
Setelah berlumba bersama-sama dengan pasukan tersebut semasa bersaing di kejuaraan FIM Superstock 1000 pada 2011, pengalaman dan keserasian Petrucci dengan pasukan itu adalah kunci utama yang akhirnya bersetuju untuk menyertai WorldSBK.
Di samping itu, Petrux meyakinkan pasukan tersebut bahawa beliau akan mampu buat yang terbaik dan memberi saingan kepada pelumba lain.
Petrucci juga akan membuat penampilan pertamanya di WorldSBK dengan jentera yang sama dengan penyandang juara dunia 2022, Alvaro Bautista.
"Ducati sentiasa memberikan sokongan teknikal yang hebat kepada semua pasukan yang berlumba dengan motosikalnya, hubungan dengan pasukan kami kembali ke 1996 dan kami telah bekerjasama dengan syarikat Bolognese selama hampir tiga puluh tahun,"
“Kami sentiasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dan ia akan menjadi seperti ini lagi tahun ini, kami tidak akan terlepas apa-apa untuk dapat bekerja dengan baik dengan Danilo”
"Pada permulaan musim semua jentera adalah sama, kemudian pada pertengahan tahun ini, semua orang akan memilih untuk mengambil jalan mereka sendiri, tetapi kita semua bermula dari pangkalan kerja yang sama.” Kata pemilik pasukan Barni Spark Racing Team, Marco Barnabo
Mampukah Petrux bersaing di WSBK? kita nantikan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment