Structured-Light 3D Scanner Untuk pembangunan Helmet

Teknologi 3D Scan (atau lebih terperinci dipanggil Structured-Light 3D Scanner) memang sinonim dengan pembangunan Helmet ataupun apa-apa jua produk yang melibatkan sesuatu ergonomic tubuh badan. 

Ini kerana setiap manusia mempunyai bentuk tubuh badan yang berbeza-beza jadi amat sukar untuk sesuatu pengeluar ingin mendapatkan kehendak pelanggan. 

Jadi, dalam industri pembangunan Helmet ini, teknologi ini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan mencari data-data bentuk kepala yang ada pada setiap pelumba mereka. Ini dapat mencari keselesaan yang optimum dalam masa yang sama dapat membantu pelumba mereka lebih fokus ketika berlumba. 

Pelumba Negara, Syarifuddin Azman atau lebih mesra dipanggil Damok, berpeluang merasai teknologi ini dalam membantu Engineer mereka membangunkan MT helmet mengikut homologasi MotoGP yang telah ditetapkan.

Tidak ketinggalan juga pelumba lain seperti Pedro Acosta, Sergio Garcia, dan Diogomoreira yang berpeluang merasai pengalaman tersebut yang diadakan di Sepanyol. Mereka ini adalah pelumba dibawah tajaan MT Helmet dan kami percaya jenama-jenama lain menggunakan teknologi yang sama dalam mencari data ergonomic pelumba.

Daripada sumber Damok sendiri, MT Helmet kini sedang giat membangunkan helmet serba baharu dan akan menggunakan data-data ini untuk membantu dalam mengeluarkan helmet terbaharu mereka untuk musim 2023 ini.






📷 MT Helmet


Comments

Follow Us