Tayar mesra alam digunakan untuk buat tayar MotoE

Zaman semakin maju dan Bumi juga semakin tercemar saban tahun. Ini kerana kebanyakan barangan yang kita gunakan boleh mendatangkan keburukan kepada planet ini disebabkan oleh kesukarannya untuk terurai. Antara contoh ialah bag plastik dan tayar kenderaan.

Demi menyahut seruan cintakan Bumi maka pihak pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin menjadikan pentas kejohanan MotoE sebagai tempat untuk menguji dan menambahbaik produk-produk mereka. 

Untuk pengetahuan anda, tayar-tayar yang digunakan oleh jentera-jentera MotoE diperbuat daripada hampir 40% bahan yang senang terurai. Antara bahan-bahan tersebut ialah kulit buah limau dan minyak bunga matahari. 


Setakat ini pembangunan masih berjalan untuk menjadikannya lebih tahan lama. Memandangkan perlumbaan MotoE hanya berlangsung untuk sekitar 8 pusingan sahaja maka ia boleh digunakan namun bagi jentera-jentera MotoGP, ia belum sesuai memandangkan perlumbaan MotoGP melalui bilangan pusingan yang jauh lebih tinggi. 

Walaubagaimanapun pada satu hari nanti hasrat untuk menggunakan tayar yang mesra alam pada jentera-jentera MotoGP dan seterusnya motorsikal-motorsikal jalanan pasti berjaya dicapai.

📷 Ducati & Michelin Motorsports

Teruskan bersama Two Wheels...!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TW #MGPM 🇲🇾 #Michelin #MotoE

Comments

Follow Us