- Get link
- X
- Other Apps
📷 GTB |
Pada 2 minggu lalu, berlangsungnya acara Winter Test di Sepang dan sambutan daripada rakyat Malaysia yang hadir amat memberangsangkan.
Namun apa yang menarik minat kami adalah, ketika kami membuat acara TW x GTB fun ride ke Sepang, ada satu anak muda yang jauh datang dari Kedah, mengharungi 9 jam perjalanan sebelum itu untuk sampai ke Lembah Klang.
Beliau berkata perjalanan sepatutnya lebih pendek namun akibat hujan di beberapa tempat, beliau amat sukar untuk meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti menunggu hujan berhenti.
Beliau bertolak daripada Kedah pada jam 8 pagi dan sampai di Dengkil jam 5 petang. Beliau bermalam di rumah kakaknya di Dengkil pada malam tersebut dan berjumpa kami semua pada jam 8 pagi keesokannya.
Ditanya mengapa beliau sanggup menunggang berseorangan dari jauh, beliau berkata tidak lain adalah kerana keterujaan dalam meminati sukan MotoGP dan ingin melihat dari dekat. Cara setiap pasukan membuat tetapan pada jentera MotoGP dan ingin mendengar bunyi jentera berprestasi tinggi tersebut juga antara minatnya.
Beliau sanggup membeli tiket Main Grandstand pada hari tersebut semata-mata untuk berpeluang merasai suasana Pitlane Walk dan melihat jentera serta pelumba dengan lebih dekat.
Dalam masa yang sama, beliau adalah peminat GTB dan ingin sekali berjumpa dengan Rudy GTB. Dengan peluang yang ada, beliau sanggup datang kesini untuk bersua muka berjumpa dan bergambar dengan kumpulan GTB.
Perjalanan beliau juga dirakam di TikTok beliau sendiri. Link di bawah
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment