Yamaha perkenal R1 Race

Andrea Dovizioso bakal dinobatkan Sebagai MotoGP Legend

📷MotoGP

Andrea Dovizioso bakal dinobatkan sebagai MotoGP Legends pada tahun 2023 di GP Itali yang berlangsung di litar Mugello nanti. Pelumba Itali Dovizioso akan dilantik ke Dewan Kemasyhuran di Mugello dan pelumba Jerman Anscheidt di Sachsenring, masing-masing mengambil tempat mereka dalam buku Lagenda!

Walaupun tidak memenangi sebarang gelar juara dunia di kelas utama, pencapaian Dovi tidak perlu disangkal lagi. Beliau mampu memberi saingan kepada pesaing kuatnya iaitu Marc Marquez dan berjaya menjadi first runner up untuk 3 tahun berturut-turut.

Dovi bakal dianugerahkan anugerah tersebut bersama-sama pelumba dari German, Hans-Georg Anscheidt.

Berikut adalah senarai pelumba yang telah tersenarai sebagai MotoGP Legend:

Valentino Rossi
Giacomo Agostini, 
Hugh Anderson, 
Kork Ballington, 
Max Biaggi, 
Alex Crivillé, 
Mick Doohan, 
Stefan Dörflinger, 
Geoff Duke, 
Wayne Gardner, 
Mike Hailwood, 
Nicky Hayden, 
Jorge Lorenzo, 
Daijiro Kato, 
Eddie Lawson, 
Marco Lucchinelli, 
Randy Mamola, 
Anton Mang, 
Jorge 'Aspar' Martinez, 
Angel Nieto, 
Dani Pedrosa, 
Wayne Rainey, 
Phil Read, 
Jim Redman, 
Kenny Roberts, 
Kenny Roberts Jr, 
Jarno Saarinen, 
Kevin Schwantz, 
Barry Sheene, 
Marco Simoncelli, 
Freddie Spencer, 
Casey Stoner, 
John Surtees, 
Luigi Taveri, 
Carlo Ubbiali 
Franco Uncini.


Comments

Follow Us