Apakah yang ingin dicapai dalam ujian pramusim MotoGP?

šŸ“·MotoGP

Setiap pelumba dan pasukan mempunyai misi dan visi iaitu tidak lain dan tidak bukan, memenangi setiap perlumbaan dan menjadi juara dunia. 

Begitu juga dengan pembekal tayar, enjin, suspensi, dan segala mengenai jentera, matlamatnya adalah untuk membekalkan peralatan mereka kepada prestasi yang sangat maksimum. Para pelumba juga perlu  bekerjasama dengan juruteknik dan pembekal jentera untuk mencari talaan terbaik supaya data yang diterima dapat digunakan dalam perlumbaan sebenar nanti. 

Barisan pengeluar juga akan membawa alat ganti dan komponen baharu, atau pembangunan semula alat ganti sedia ada untuk ujian.

Sebelum ujian pramusim diadakan, pasukan telah menyusun senarai program ujian. Mereka telah menetapkan jadual untuk menguji semua komponen dan bahagian baharu yang akan diuji. Selain itu, pembekal tayar MotoGP (Michelin) juga bekerja keras untuk memberi kesempurnaan terhadap produk dan sentiasa membawa kompaun baharu ke sesi ujian pramusim tersebut.

Pada penghujung hari pertama dan kedua ujian, pasukan akan menilai kerja yang dilakukan dan memuktamadkan jadual untuk hari berikutnya. Kemudian, selepas hari terakhir, pengilang mengumpul semua maklumat akan menganalisa data bagi kegunaan setiap pasukan untuk menambah baik jentera sebelum ujian seterusnya dapat di lakukan.

Dalam erti kata lain, ujian pramusim boleh dianggap berjaya jika pelumba telah dapat menyampaikan perasaan mereka dengan berkesan terhadap jentera. Mereka juga telah dapat menggunakan maklumat dan data ini untuk menyesuaikan jentera mengikut gaya tunggangan pelumba itu sendiri.  

Itulah sebabnya komunikasi antara pelumba, pasukan dan pengeluar sangat penting bagi menjayakan ujian pramusim ini sebelum perlumbaan sebenar diadakan.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us