Aprilia ke Moto2

 

2015 merupakan detik bersejarah apabila Aprilia kembali ke saingan MotoGP bersama Gresini dan seterusnya menjadi pasukan kilang sepenuhnya menjelang musim 2022.

Semenjak kembali ke MotoGP, pelbagai usaha dijalankan agar jentera Aprilia dapat bersaing dengan jentera-jentera di grid MotoGP sehingga ianya mula menampakkan hasil dibawah kelolaan Massimo Rivola.

Bermula musim ini, Aprilia menempatkan empat jentera RS-GP di grid dimana dua jentera dibawah pasukan utama Aprilia Racing manakala dua lagi dibawah pasukan satelit RNF Racing.

Kini timbul desas desus bahawa Aprilia bakal beraksi di kelas pertengahan MotoGP iaitu Moto2 bermula musim 2025, lebih kurang dua tahun dari sekarang.

Semestinya keputusan untuk bersaing di kelas Moto2 bukanlah satu keputusan yang mudah dan kami yakin ianya telah dikaji dari pelbagai aspek oleh Aprilia. Memandangkan Aprilia kini menuju kejayaan didalam kelas perdana MotoGP, mereka berharap untuk membawa momentum yang sama apabila bersaing di kelas Moto2 kelak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us