Bateri Lithium Dynavolt - Lebih Ringan, Lebih Kuasa


Bertempat di Pusat Jualan Triumph Batu Cave, Sinar Puncak iaitu pengedar rasmi bateri jenama Dynavolt di Malaysia telah melancarkan barisan bateri baharu untuk pasaran Malaysia.

Untuk rekod, Dynavolt sangat aktif didalam pembangunan teknologi perlumbaan bersama beberapa pasukan yang bersaing didalam kejohanan dua roda seperti Pasukan Moto2 Liqui Moly Husqvarna, Pasukan MotoE Dynavolt IntactGP, Pasukan CEV Moto2 IntactGP dan Pasukan KPG DD Racing di saingan BRAAAP.

Selain dari bateri nano-gel, keluaran terbaru bateri Dynavolt adalah termasuk bateri lithium untuk motorsikal kecil hingga besar dan didatangkan dengan ciri-ciri hebat. Bateri lithium keluaran Dynavolt amat ringan berbanding bateri biasa dan didatangkan dengan panel paparan status pengecasan pada bateri. 

Bateri lithium keluaran Dynavolt juga didatangkan dengan sistem pengurusan pengecasan pintar yang boleh memanjangkan jangkahayat bateri selama 5000 kali pengecasan, kadar pengecasan yang pantas, keberkesanan tenaga dan lebih mesra alam.

Dynavolt juga memperkenalkan unit pengecasan pintar dimana dengan menggunakan alat ini, anda boleh mengecas kesemua jenis bateri kenderaan dari cel kering, nano-gel dan lithium-ion tanpa perlu menukarkan kepada unit pengecasan lain.

Didatangkan dengan tempoh jaminan selama dua tahun untuk bateri-bateri keluaran Dynavolt, semestinya pengguna akan berpuas hati menggunakannya. 

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us