Betul Mir dan Rins mampu menang dengan RC213V?


Antara insan yang sangat berpengalaman dalam dunia pengurusan di arena MotoGP, Livio Suppo mendedahkan ramalannya berkaitan dua bekas pelumba Suzuki yang juga pernah berada di bawah jagaannya iaitu Mir dan Rins. Suppo yang juga pernah bekerja di Pasukan Repsol Honda amat ketahui dan faham berkenaan cara bekerja pihak HRC di saingan perlumbaan motorsikal paling berprestij di dunia itu.

Menurut Suppo, Mir dan Rins merupakan pelumba yang super berbakat dan berpotensi tinggi untuk meraih kemenangan dengan jentera Honda nanti. Kontrak yang ditawarkan oleh HRC kepada mereka untuk tempoh 2 tahun itu dilihat amat relevan dan munasabah bagi melihat persembahan dan kemampuan sebenar pelumba. Pada masa sekarang rata-rata pasukan hanya menghulurkan kontrak untuk tempoh setahun dan ia merupakan satu jangka waktu yang amat singkat lebih-lebih lagi buat mereka yang baru bertukar jentera.

Mir dan Rins setakat ini belum pernah memacu jentera selain Suzuki dan ini juga bermakna keduanya langsung tiada pengalaman dalam mengendali jentera berenjin V4. Pun begitu Suppo amat mengenali cara bekerja serta semangat kedua pelumba dari Sepanyol itu dan amat optimis bahawa keduanya pasti akan mampu menang perlumbaan dalam tempoh 2 tahun ini. 

Comments

Follow Us