Format Jadual Terbaharu MotoGP pada minggu perlumbaan

Aksi MotoGP kini menghampiri kita semua. Namun dengan kedatangan sesi Sprint Race pada tahun ini, pastinya ada perubahan jadual dilakukan oleh Pihak Dorna bagi membawa lebih banyak aksi buat peminat untuk menonton perlumbaan. 

JUMAAT

Jumaat akan kekal sebagai hari latihan dan akan merangkumi dua sesi untuk MotoGP. Sesi Pertama akan berlangsung  pada jam 10:45 pagi dan ianya akan berlangsung selama 45 minit. Manakala, sesi yang kedua pula telah dilanjutkan kepada 60 minit dan akan bermula pada jam 3 Petang. Catatan masa daripada P1 dan P2 akan digabungkan untuk menentukan pelumba yang akan layak ke Q1 dan Q2. 

Sesi latihan tidak lagi dipanggil sebagai FP sebaliknya akan dijenamakan menjadi P sahaja. Ini kerana tiada lagi sebarang waktu untuk bersenang-senang kerana pelumba sudah perlu push sehabis baik semenjak hari pertama lagi untuk menentukan posisi perlumbaan pada kesokkan harinya.

Selain itu, Moto2 mempunyai dua sesi 40 minit pada hari Jumaat, dan Moto3 pula mempunyai dua sesi yang berlangsung selama 35 minit satu sesi.  Kedua-dua sesi P1 dan P2 akan dikira dalam penentuan Qualifying, tetapi untuk kelas bawah Moto2 dan Moto3, P3 pada pagi Sabtu juga diambil kira.

SABTU

Pada hari Sabtu inilah perubahan besar-besaran berlaku pada kejuaraan kali ini. MotoGP akan ada satu sesi ‘Free Practice’ yang akan diadakan pada jam 10 pagi. Sesi ini berlangsung selama 30 minit, sama seperti FP4 dulu. Selepas itu, Q1 akan dimulakan pada jam 10:50 dan Q2 akan dimulakan pada jam 11:15. 

Untuk perlumbaan MotoGP Sprint, ianya mempunyai identitinya yang tersendiri. Apa yang dimaksudkan adalah, Perlumbaan ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu selepas ini dan selepas tamat perlumbaan 15 minit tersebut, pelumba akan mengambil podium di tempat yang berbeza dengan podium sebenar pada hari Ahad. 

Lokasi podium untuk Sprint Race lebih rapat dengan penonton yang hadir secara terus dan peminat dapat meraikan bersama-sama pemenang. Tetapi, ianya bergantung kepada lokasi litar dan tempat duduk penonton. 

Sebelum Sprint, Moto2 dan Moto3 masing-masing mempunyai 30 minit masa latihan di P3 pada awal pagi. Keputusan ini bakal diambil untuk digabungkan pada hari sebelumnya bagi menentukan tempat di Q1 dan Q2. 

AHAD

Pada hari Ahad, tiada sesi pemanas badan untuk kelas Moto2 dan Moto3. Namun, selepas sesi pemanas badan selama 10 minit MotoGP,  ianya digantikan dengan sesi ‘Rider Fan Show’ dimana penonton dapat melihat dengan lebih dekat idola mereka bersama jentera di Grid. 

Para pelumba akan mengelilingi trek dan membuat beberapa pitstop sebelum berhenti semula di satu tempat diberi nama ‘Hero Walk’ untuk lebih banyak masa bersemuka dengan peminat.

Perlumbaan akan bermula pada jam 11:00 pagi untuk Moto3 sebelum perlumbaan Moto2 yang berlangsung lebih awal iaitu jam 12:15.

Perlumbaan Grand Prix MotoGP bermula pada jam 14:00, dengan meraikan podium Grand Prix secara tradisional yang telah ditetapkan pada jam 15:00.  Struktur ini akan dikekalkan sepanjang musim dan perlumbaan Grand Prix MotoGP akan sentiasa menjadi aksi trek terakhir pada hari Ahad.  

Untuk kali ini, kita boleh lihat peminat akan diberi peluang untuk membanjiri podium dan sampai ke tengah-tengah perayaan. Kami yakin, Ini salah satu usaha Dorna bagi merancakkan lagi sukan ini dan lebih menghargai Peminat. Selain Pelumba, MotoGP juga kini giat berlumba dengan kejuaraan lain seperti F1 dimana peminatnya jauh lebih ramai berbanding MotoGP. 

Comments

Follow Us