Hadiah buat Qabil daripada Kerajaan Negeri Terengganu.. Tahniah.!!


Sebelum ini kami pernah membawa berita berkenaan kesudian pihak Kerajaan Negeri Terrngganu memberi hadiah sebuah jentera Ohvale kepada pelumba cilik Qabil Irfan Azlan. Ternyata berita berkenaan hal tersebut bukan semata untuk meraih populariti atau janji kosong namun ia benar-benar ditunaikan oleh kerajaan.
Ketika lawatan menteri besar Dr. Samsuri dan beberapa exco ke Sepang baru-baru ini, turut berlangsung majlis penyerahan MiniGP Ohvale 190cc kepada Qabil. Majlis tersebut juga dihadiri oleh pihak ZK Racing dan Sepang International Circuit.

 
Corak yang dikenakan ke atas jentera dihiasi dengan bendera Negeri Terengganu dan juga warna hijau sebagai warna tema barisan kepimpinan negeri. Dengan hadiah tersebut diharapkan menjadi pemangkin untuk Qabil terus maju jaya dalam sukan dua roda ini. Qabil tahun ini akan terus bersaing di kejohanan FIM MiniGP Malaysian Series buat kali kedua dan berpeluang untuk ke pentas terakhir iaitu world series yang bakal berlangsung di Sepanyol.

Comments

Follow Us