Yamaha perkenal R1 Race

Hafizh berjaya meraih mata pada perlumbaan pembukaan WSBK

Hari ini terbukanya tirai perlumbaan pertama WSBK sekaligus musim baharu telah bermula.

Perlumbaan pertama bermula sedikit lambat apabila cuaca dalam keadaan hujan dan ianya sekaligus menjejaskan jadual perlumbaan WorldSSP.

Pada perlumbaan utama, Ianya berlangsung dalam keadaan cuaca hujan sepenuhnya. Hafizh yang bermula pada kedudukan 21 berjaya meraih 1 mata apabila beliau berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 15


Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua. Dengan jentera baharu, ini adalah pengalaman pertama beliau memacu jentera tersebut dalam keadaan hujan.  

Pelumba Petronas MIE Racing Team itu berasa sangat bertuah juga kerana dapat meraih 1 mata. Namun beliau merasakan masih ada ruang yang boleh diperbaiki terutama untuk tingkatkan kelajuan dan jarak dengan pelumba lain. 

“Hari pertama yang sangat mencabar.secara jujurnya, kami sangat bekerja keras untuk memahami apa yang terjadi ketika ujian berlangsung sebelum ini. Kami mempunyai enjin baharu tetapi kami perlu memperbaiki bahagian berbeza”ungkap Hafizh.

Hafizh sangat gembira dengan keputusan ini dan berharap dapat memperbaiki lebih banyak lagi untuk esok.

Comments

Follow Us