Hafizh Gembira dengan prestasi jentera baharu


Dalam beberapa hari ini, berlangsungnya acara Winter Test WSBK di Portimao dan kita dapat menyaksikan aksi Pelumba negara yang bersaing di kelas WSBK, Hafizh Syahrin.

Hafizh dan rakan pasukannya menyelesaikan ujian tersebut selama dua setengah hari. Pelumba Mie Racing Team tersebut memacu jenteranya pada sebelah petang hari pertama dan sebelah pagi pada hari kedua. Keseluruhannya dalam satu hari secara teorinya.

Pada ujian tersebut, Hafizh telah menguji jentera Honda yang telah dikemaskini, iaitu pakej jentera serba baharu sepenuhnya termasuk swing arm baharu. Menurut Hafizh, bukan mudah untuk mencari persediaan asas dalam masa yang singkat ini.



Beliau cuba menyelesaikan sebanyak mungkin pusingan untuk memahami sebanyak mungkin keadaan jentera dan memberikan maklum balas kepada pasukan. 

Menurut Hafizh, pada ujian kali ini, membolehkan beliau membiasakan diri dengan jentera semula dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan kuasa dan kelajuan penuh selepas berehat selama dua bulan. Hafizh dan pasukan komited untuk lebih bekerja keras dan lebih bersedia sebelum tiba di Austalia untuk perlumbaan pertama.

“Saya tahu catatan masa kami di sini tidak begitu dekat dengan puncak, tetapi ini adalah ujian pertama kami manakala yang lain sudah menjalani sesi di Jerez.  Walaubagaimanapun, kami dapat merasai perasaan yang positif pada jentera baharu ini dan ini sangat penting.” Ungkap Hafizh.

Semoga beliau berjaya!

📷Hafizh Syahrin

Comments

Follow Us