- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Tempoh Hari, semasa Sepang Test, Honda salah satu pengeluar yang mencuba dan menguji jentera mereka paling banyak lap berbanding pasukan pengeluar yang lain.
Pada hari terakhir ujian, 2 pelumba mereka iaitu Marc Marquez dan Stefan Bradl masing-masing mencuba jentera RC213V tanpa sebarang ‘winglet’.
Hal tersebut mendapat perhatian seluruh peminat MotoGP mengapakah langkah itu diambil kerana umum mengetahui bahawa penggunaan winglet tersebut amatlah penting untuk MotoGP pada zaman ini.
Apabila selesai mencuba, ada perkara menarik yang di kongsikan oleh pelumba mereka iaitu Marc Marquez. Beliau berkata Ken Kawauchi ingin mengetahui dan memahami lebih mendalam tentang selok belok jentera Honda tersebut bermula daripada kosong.
Marc menyangka ketika itu cuaca amat panas dan tiada siapa yang perasan tentang perkara itu. Marc berkata seperti sebelum ini perkara tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Ken memahami lebih banyak hal tentang RC213V dan semua ini hanyalah eksperiment semata-mata.
Marc berpendapat itu bukanlah cara yang betul dan beliau sendiri tidak faham apa yang cuba Ken ingin tahu tentang eksperiment tersebut. Tetapi beliau tidak bertanya kenapa namun terus menunggang dan mencuba apa yang dipinta.
Keseluruhannya, Tanpa Winglet segalanya sukar kerana keseimbangan jentera sangat berbeza. Keadaan itu juga memaksa lebih banyak menggunakan fizik tubuh badan kerana jentera bergoyang dimana-mana. Marc berharap keputusan eksperiment itu tidak berguna bagi mereka.
Honda
honda motogp
Honda without winglet
MotoGP
motogp 2023
motogp hari ini
motogp live
motogp marc marquez
motogp news
motogp news live
motogp results
motogp schedule
motogp test 2023
Repsol Honda
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment