- Get link
- X
- Other Apps
Baru-baru ini satu temubual eksklusif antara kami dengan pelumba negara, Adam Norroddin telah berjaya diadakan. Ia tertumpu ke arah persediaan Adam yang mana bakal bersaing buat pertama kali di kejohanan supersport dunia. Adam akan berada dalam pasukan MIE Racing dan memacu jentera CBR600RR.
MIE Racing bukanlah satu pasukan baru dalam dunia perlumbaan dan keakraban hubungan antara pihaknya dengan HRC tidak dapat disangkal lagi. Telah lebih 40 tahun mereka saling mengenali dan kerap bekerjasama.
Dalam temubual, Adam menyatakan bahawa MIE Racing mendapat bantuan kepakaran daripada HRC secara langsung dalam memastikan jentera berada dalam keadaan baik dan bersedia sepenuhnya untuk mengharungi perlumbaan tahun ini. Antara bahagian yang diselia oleh pihak HRC ialah elektronik jentera dan itu amat melegakan Adam selaku pelumba.
Dalam dunia perlumbaan semestinya pelumba dan pasukan amat beruntung apabila garaj mereka turut disertai oleh individu-individu wakil daripada pihak pengeluar jentera. Ini kerana pengetahuan dan kefahaman mereka adalah amat mendalam berkenaan jentera. Maka dengan itu Adam merasakan saingan kali ini bakal sengit dan akan cuba sedaya upaya untuk bersaing di kelompok hadapan.
Honda
honda cbr 600 rr
honda cbr1000rr-r
honda cbr600rr
honda cbr600rr wssp
honda cbr600rr wssp 2023
honda hrc
honda new cbr600rr
Honda Racing
honda wssp
MIE Racing Team
wssp
wssp 600
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment