Yamaha perkenal R1 Race

Kenali Pelumba Nombor 46, Valentino Rossi

 
📷 MotoGP

46 hari lagi menuju MotoGP

Memang terlalu panjang kisahnya jika kami ingin ceritakan kesemua tentang lagenda dan ikon MotoGP, iaitu Valentino Rossi.  Kami cuba ringkaskan untuk perkongsian bersama.

Valentino Rossi lahir pada tanggal 16 Februari 1979 adalah juara dunia 9 kali di kejuaraan motosikal dunia, MotoGP. Rossi adalah pelumba terbaik sepanjang zaman apabila pencapaiannya tidak disangkal lagi bermula dari pelbagai kelas yang berbeza, 125cc, 250cc, 500cc, dan MotoGP.

Rossi satu-satunya pelumba MotoGP yang berlumba lebih dari 400 perlumbaan dan masih berlumba. Sepanjang kariernya, Beliau telah menggunakan nombor 46 termasuklah tahun-tahun ketika beliau mempertahankan gelaran juara dunianya walaupun setiap juara dunia dibenarkan menggunakan nombor 1. 

Beliau juga memiliki pasukan sendiri iaitu Sky Racing Team VR46 yang mengambil bahagian dalam kelas Moto2 dan Moto3. Tahun ini pasukan ini menaja jentera di salah satu pasukan MotoGP, iaitu Avintia/Esponsorama Racing team dengan membawa adiknya, Luca Marini sebagai pelumba.

Setelah Rossi ke kelas utama pada tahun 2000, beliau memenangi Kejuaraan Dunia 500cc dan 8 Jam Suzuka bersama Honda pada tahun 2001 dalam masa yang sama Kejuaraan Dunia MotoGP pada tahun 2002 dan 2003. Setelah meninggalkan Honda untuk menyertai Yamaha pada tahun 2004, beliau mengekalkan gelar juaranya berturut-turut selepas itu dengan memenangi gelaran pada tahun 2004 dan 2005. 

Beliau kehilangan gelaran pada tahun 2006 kerana terbabas pada pusingan akhir di Valencia yang ketika itu gelaran memihak kepada Nicky Hayden. Pada tahun 2007 Rossi akhirnya menduduki tempat ketiga keseluruhan, sebelum merebut kembali gelaran pada tahun 2008 dan mengekalkannya pada tahun 2009. 

Pada musim 2010, beliau gagal mengekalkan gelaran akibat kaki yang patah dan Rossi meninggalkan Yamaha untuk bergabung dengan Ducati untuk musim 2011. Rossi menggantikan Casey Stoner di Ducati dan mengalami dua musim yang buruk kerana gagal menjinakkan jentera Itali. Tetapi beliau masih lagi mampu mendapat podium dengan jentera tersebut.

Pada tahun 2012, beliau telah disahkan bahawa akan bergabung semula dengan Yamaha untuk musim 2013 dan 2014. Sekembalinya ke Yamaha, beliau menduduki tempat keempat pada kedudukan keseluruhan pada 2013 diikuti oleh tiga kali tempat ke 2 keseluruhan pada tahun 2014, 2015 dan 2016. 

Tahukah anda, musim 2020 adalah musim paling teruk untuk Rossi sepanjang kariernya. Beliau biasanya berada di kedudukan ke 5-7 teratas sebelum ini dan pada musim 2020 dengan banyak kemalangan dan ditambah pula jangkitan Covid 19, beliau berada di kedudukan ke 15 keseluruhan. Tetapi Rossi masih mengekalkan Rekod Podium setiap musim sepanjang 24 tahun berlumba.

Setelah Rossi memenangi TT Belanda 2017,perlumbaan tersebut adalah kemenangan terakhirnya dan selepas perlumbaan itu, beliau tidak lagi mendapat sebarang kemenangan berturut-turut. Tetapi beliau masih lagi relevan dalam sukan ini apabila menjadi saingan podium setiap musim.

Walaupun beliau berjaya menduduki tempat ketiga dalam kejuaraan 2018, beliau masih tidak mendapat sebarang kemenangan dalam tempoh ini. Rossi telah berlumba bersama Yamaha Kilang sehingga akhir musim 2020 ketika beliau sudah berusia 41 tahun. Tahun 2020, beliau disahkan bahawa beliau masih kekal berlumba tetapi bersama pasukan Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team pada musim 2021.

Tahun 2021 ialah tahun yang sangat struggle buat Vale, beliau tidak mampu bersaing di kumpulan hadapan walaupun mendapat spec jentera terkini daripada Yamaha. Bukan sahaja top5, malah top 10 pon amat sukar buat Rossi.

Sedar atas prestasi yang kurang memberangsangkan, pada pertengahan musim, Rossi mengambil keputusan untuk bersara dan tahun 2021 adalah tahun terakhirnya bersaing di MotoGP.

Selepas bersara, darah perlumbaan masih mengalir dalam tubuhnya. Tidak lama selepas itu, beliau berlumba di arena 4 Roda pula di kejohanan GT WRT memacu jentera Audi. Pada tahun ini, beliau masih dalam pasukan yang sama namun sudah menukar jentera kepada BMW

Rossi kini aktif bersaing di kejohanan jarak jauh seperti 12 jam, dan 24 jam Le mans race. Dalam masa yang sama, beliau kini menjadi sebahagian keluarga BMW dan sebahagian daripada test driver mereka

#Twowheels #twmedia #TW #rossi #vr46 #valentinorossi #motogp

Comments

Follow Us