Kopiko bawa F1H2O kembali mengegarkan Asia Tenggara di Indonesia

📷F1H2O

Sukan permotoran yang kurang popular namun mempunyai minatnya tersendiri iaitu F1H2O UIM World Championship atau ayat mudahnya, Formula 1 versi air bakal menemui peminat hujung minggu ini di Lake Toba Indonesia pada 24-26 Februari 2023.

Acara ini sering dianjurkan di Timur tengah dan Eropah. Namun kali ini mereka kembali buat pertama kali ke Asia Tenggara iaitu Indonesia setelah kali terakhir diadakan di Malaysia dan Singapore sekitar pada tahun 2004-2005.

Pengajuran kali ini ditaja oleh gula-gula terkenal iaitu Kopiko yang menjadi penaja Utama penganjuran kali ini. Sebanyak 20 pelumba daripada 10 pasukan bakal bertanding dalam perlumbaan di Indonesia ini. Ini adalah pusingan pertama dan pembuka tirai untuk tahun 2023.

Umum mengetahui bahawa Indonesia kini giat menganjurkan acara-acara berprestij dunia dalam usaha memajukan Indonesia terutama dalam sukan Permotoran seperti ini.

Bagi Rakyat Malaysia yang mampu, berminat dan sudah lama merindui sukan ini bolehlah merancang perjalanan ke sana bagi menyaksikan perlumbaan ekstrim ini.

📷Dreamtimes

📷Perbadanan Putrajaya

Untuk Rekod, Malaysia Pernah menganjurkan acara ini di Putrajaya pada tahun 2004. 

Di Malaysia, Masih ada persatuan sukan air yang masih aktif menganjurkan perlumbaan ini tetapi berlainan kelas yang dipanggil F3000 (F3000 Powerboat) . Kelas ini sedikit berbeza dengan F1 yang menggunakan enjin yang hampir sama dengan F1 tetapi menggunakan gearbox yang lebih perlahan. 

Jika anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang sukan ini dan menonton perlumbaan mereka, anda hanya perlu pergi ke laman sesawang mereka iaitu F1H2O World Championship dan anda boleh menonton perlumbaan mereka secara percuma.

#twowheels #f1 #f1powerboat #f1h2o #f3000powerboat #sukanair #nowheels #info


Comments

Follow Us