Lance Stroll teribat dalam kemalangan Basikal

 

📷 F1

Lance Stroll terlibat dalam kemalangan kecil ketika menjalani latihan pramusim dengan berbasikal di Sepanyol. Beliau mengalami kecederaan yang mengakibatkan beliau tidak dapat mengikuti ujian pramusim di Bahrain.

Lance bagaimanapun menjangkakan pemulihan yang lebih baik dan kembali memandu secepat yang mungkin. Kecergasan beliau untuk kembali ke kokpit akan dinilai setiap hari dan pasukan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa menjelang Grand Prix Bahrain.

Seluruh pasukan Aston Martin Aramco Cognizant akan mendoakan Lance semoga pulih dengan secepatnya dan menantikan tenaga serta komitmennya dalam pasukan.

"Saya telah mengalami kemalangan malang semasa berlatih dengan basikal saya ketika membuat persediaan untuk musim ini. Saya berazam untuk kembali ke dalam kereta dan saya teruja dengan musim hadapan bersama pasukan. Saya bermotivasi untuk bangkit semula  daripada kemalangan ini secepat mungkin." Ungkap Lance Stroll.

Comments

Follow Us