Yamaha perkenal R1 Race

Latihan rejim diterap di kem Ferrari.


Scuderia telah menyediakan satu kawasan spesifik di mana dua pasukan mekanik berlatih 3 kali seminggu bagi menjalani 20 pertukaran tayar bagi setiap sesi. 

Sasaran mereka sebelum GP Bahrain adalah melakukan 1000 kali pit 'stop'. 

Ia merupakan latihan ala rejim bagi memberikan peluang kepada krew menambah kecekapan dan teknik bagi menghadapi musim baru yang bakal tiba. 

Jentera SF-17 2018 diguna pakai bagi menjalani latihan berintensiti tinggi ini. Ia boleh bergerak walau hanya dilengkapi dengan enjin MGU-K (generator motor elektik) sahaja. 

Pasukan terbaik untuk pertukaran tayar adalah Red Bull dan mereka telah memenangi anugerah khas DHL selama lima tahun berturut-turut. 

Rekod pertukaran tayar paling pantas pernah dicipta oleh Red Bull ketika di GP Brazil yang mana catatan masa mereka hanya 1"82 saat sahaja. 

Hentian pit adalah fasa sensitif bagi setiap perlumbaan kerana ia adalah antara faktor penentu kejayaan Grand Prix, tetapi sebaliknya ia boleh menjadi punca kekalahan.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TW #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #pitstop0

Comments

Follow Us