- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷MotoGP
Seperti yang kita sedia maklum, bermula
esok Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi tumpuan para pasukan dan pelumba
termasuklah para media dalam dan luar Negara untuk meneruskan Ujian Rasmi
Pra-Musim MotoGP musim 2023. Sebelum kita ke sepang minggu ini mari kita kenali
litar kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Litar Antarabangsa Sepang ialah sebuah
litar yang telah digunakan untuk perlumbaan berprestig dunia seperti
MotoGP, WorldSBK, F1 dan kejohanan sukan permotoran yang lain di peringkat
dunia mahupun tempatan. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kira-kira 60km di selatan ibu
kota Kuala Lumpur.
Lokasi :
Sepang, Selangor, Malaysia
Dibuka : 7 Mac 1999
Arkitek : Hermann Tilke
Jarak litar : 5.543 km
Selekoh : 15
Sejarah
Litar ini telah direka oleh Hermann Tilke, yang kemudiannya merekabentuk litar dibeberapa negara antaranya Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia, Singapura, Korea, India dan Texas. Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999.
Beliau kemudiannya
merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan
juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia. Litar ini telah beberapa kali
menjalani proses penambahbaikan seperti penurapan semula pada 2016 dan
perubahan selekoh ke 15 serta tempat duduk penonton pada tahun 2019.
Pada 23 Oktober 2011, pada pusingan kedua
dalam perlumbaan Moto GP 2011, pelumba motosikal dari
Itali, Marco Simoncelli, meninggal dunia selepas mengalami kemalangan di
selekoh ke-11. Perlumbaan dihentikan berikutan kemalangan tersebut.
Susunan litar
Litar utama, biasanya digunakan mengikut
arah jam, ialah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan
lurus yang luas. Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mempunyai jalan
yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat
tajam.
Konfigurasi yang lain juga boleh digunakan
untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini menggunakan separuh pertama
litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan keenam dan ia adalah
2,71 km panjang secara keseluruhan.
Litar selatan ialah separuh lain litar ini.
Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan
bersambung ke selekoh kelapan untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan
mengikut arah jam, litar ini adalah 2,61 km panjang.
Mengapa Sepang Menjadi Pilihan Ujian Rasmi
Pra-Musim (Winter Test)
Sebab utama Litar Sepang dipilih sebagai tempat ujian pasukan MotoGP adalah kerana struktur dan keunikan litar itu sendiri. Berdasarkan kenyataan oleh pasukan-pasukan di dalam MotoGP, keunikan pertama adalah kerana terdapat chicane (fast turning corner) terutama di selekoh 1 hingga 3.
Mereka berpendapat data
dari selekoh tersebut dan beberapa bahagian litar lain yang penuh teknikal
sangat diperlukan selain bentuk muka bumi yg curam dan berbukit. Selain itu
cuaca panas yang ekstrem dan hujan juga membolehkan ujian tersebut memberikan
data untuk pembagunan jentera sebelum ujian kedua di Partimo nanti.
Dari segi lain pula adalah faktor logistik yang sangat mudah untuk ke semua pasukan untuk melakukan menguruskan pergerakan krew serta kelengkapan pasukan ketika ujian. Ini kerana litar ini sangat hampir dengan lapangan terbang antarabangsa (KLIA) dan tempat-tempat penginapan pelumba serta krew.
Dari segi kemahiran pelumba pula adalah tertumpu kepada kecekapan
berfikir ketika menggunakan brek dan kuasa jentera dengan betul, bersabar untuk
kekal di grid perlumbaan serta kecekapan ketika keluar dari selekoh bagi menakhluki litar tersebut.
Kesemua data yang diperolehi dari sesi
ujian di Litar Sepang amat penting
sebelum ujian seterusnya di Partimo kelak, memastikan pasukan mempunyai data
yang cukup sebelum perlumbaan pertama nanti. Oleh itu mari kita beramai-ramai
ke Sepang minggu ini untuk menyaksikan sendiri ujian rasmi Motogp 2023.
Teruskan bersama Two Wheels..!
MotoGP
motogp 2023
motogp 2023 test
motogp winter test 2023 sepang
sepang
Sepang Circuit
Sepang International Circuit
sepang shakedown
SIC
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment