Malaysia memiliki pasukan Formula 1.


Pernahkah anda menaiki bas Go KL di Kuala Lumpur? Tahukah anda logo Go KL pernah disemadi pada jentera Formula 1.

Syarikat yang berpengkalan di Malaysia, Magnum Corporation merupakan pemilik penuh bagi pasukan Go KL Minardi Asiatech. 
Syarikat itu melakukan perjanjian penajaan dgn pasukan pasukan Minardi bagi keseluruhan musim 2002. Ketika itu, pelumba F1 pertama Malaysia Alex Yoong berlumba dengan Minardi bersama Mark Webber. 

Perasmian jentera Minardi diadakan dalam satu majlis gilang gemilang di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 22.02.2002. Majlis itu dihadiri oleh ramai VVIP termasuklah Dato' Hishammuddin Tun Hussein ketika itu menjawat sebagai Menteri Belia dan Sukan. 
Dengan adanya litar F1 Sepang dan pelumba kelahiran Malaysia, maka bermulalah era kemajuan sukan permotoran di Malaysia. 

Semoga litar Antarabangsa Sepang kembali dengan ngauman enjin F1. 

Teruskan Bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #TW #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #KLMinardi #GoKL

Comments

  1. KL Minardi Bagi jiran baca dan hadam Mark Webber dgn Alex yoong sebilik dulu...hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us