Yamaha perkenal R1 Race

Melebarkan sayap ke Formula 1


Syarikat CryptoDATA Wispr dari Romania mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penaja dan rakan kongsi teknikal kepada pasukan Alfa Romeo Sauber F1 untuk musim ini.

"Selepas kami menjalinkan hubungan bersama Pasukan MotoGP RNF Yamaha yang kini menjadi nama rasmi RNF CryptoDATA, kami menganggap bahawa kami boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membangunkan reputasi dan imej syarikat serta produk yang kami bangunkan."

"Dengan memeterai perjanjian perkongsian bersama Alfa Romeo Sauber sebagai rakan kongsi teknikal dan di pihak yang lain sebagai penaja, kami boleh berkembang lebih jauh" sumber daripada akhbar syarikat yang diterbitkan oleh G4media.

CryptoDATA juga terkenal kerana telah melancarkan rancangan untuk kenderaan elektrik pada tahun lepas dan mendakwa mereka bersedia untuk menyelamatkan pertukaran kripto FTX kerana kejatuhannya akan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap industri blockchain.

September lalu kumpulan Bitdefender dari Romania iaitu peneraju keselamatan siber global juga mengumumkan bahawa mereka memeterai perkongsian untuk beberapa tahun bersama pengeluar kereta Itali (Ferrari), sebagai rakan kongsi global 'cybersecurity' bagi Scuderia Ferrari yang dianggap pasukan paling berkuasa dalam Kejohanan Dunia Formula 1.

Comments

Follow Us