- Get link
- X
- Other Apps
📷Mercedes F1 |
“Jentera Mercedes kembali kepada warna hitam atas faktor teknikal.” Ungkap Toto Wolff
Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, memberikan penjelasan mengenai keputusan pasukan itu yang menggunakan warna hitam untuk musim 2023. Ketika musim 2020, perlumbaan Formula 1 bermula pada awal Julai akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.
Ketika itu, Mercedes mula menggunakan warna hitam untuk jentera W11 mereka. Pada masa itu, keputusan untuk menggunakan livery hitam dibuat adalah sebagai simbol kepada perpaduan menentang perkauman dan diskriminasi.
Ia adalah usaha untuk menyatukan perkauman terhadap semua pasukan. Mercedes terus mengekalkan skema warna hitam sepanjang musim 2021, namun pada tahun berikutnya mereka kembali kepada warna perak.
Pada musim 2023 kali ini, pilihan untuk bertukar kembali kepada warna hitam adalah berdasarkan faktor- faktor teknikal.
“Tahun lalu, kami menghadapi masalah jentera melebihi had berat. Oleh itu, tahun ini kami menyasarkan untuk mengenal pasti kawasan manakah kami boleh menjimatkan setiap gram. Hari ini, sejarah itu berulang. Kami telah kembali kepada warna hitam untuk tujuan teknikal" kata Wolff.
📷Mercedes F1 |
Wolff menambah, "Jika anda perhatikan secara teliti, kereta itu mempunyai beberapa bahagian gentian karbon yang tidak dicat, manakala sebahagian yang lain disalut dengan kemasan hitam matte. Ini membolehkan kami menjimatkan sedikit berat terhadap jentera.
"Warna hitam sudah menjadi sebahagian daripada identiti Mercedes dan kami gembira dapat kembali kepadanya sekali lagi. Keseluruhan pasukan berasa hebat dapat mengulangi pengalaman ini" tambahnya lagi.
Berkenaan prestasi jentera W14 E, Toto Wolff berseloroh, “Adakah kereta itu sepantas yang anda lihat? Saya berharap begitu, tetapi keterujaan untuk mendapatkan jentera di landasan yang tepat semakin dirasai'.
Sebagai tambahan, perubahan warna didorong oleh pengurangan berat, termasuk casis yang lebih ringan. Pasukan itu juga telah membuat perubahan sangat ketara pada geometri suspensi hadapan, sistem penyejukan dan aerodinamik kereta.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment