Yamaha perkenal R1 Race

Miguel Oliveira Puji cara kerja RNF

📷 SIC / MotoGP

Selepas empat tahun dalam kancah MotoGP dengan jentera KTM, Pelumba RNF, Miguel Oliveira memutuskan untuk mengikuti laluan berbeza pada 2023 dan menerima projek Aprilia dengan RNF. 

Dua musim bersama Tech3 dan dua musim dalam pasukan KTM sebelum ini nyata memberikan kenangan pahit manis kepada beliau. Pada masa ini, tanggapan pertama beliau tentang organisasi dan pasukan baharu itu sangatlah positif. Dalam masa yang sama, 'vibes' daripada pasukan dan suasana baharu ini sangatlah membantu beliau dari segi menambah keyakinan diri beliau sendiri.

Pelumba CryptoData Aprilia RNF MotoGP itu memberi pandangan mengenai struktur baharu, iaitu tentang apa yang dilihatnya di garaj. Pertama, sudah pasti suasananya agak berbeza, pasukan baru ini tidak banyak bercakap dan mungkin beliau tidak terlalu Itali. 

Bagi beliau, ianya sangat berbeza tetapi apabila bersama dengan ketua kru  (Giovanni Mattarollo) dan beberapa orang daripada Aprilia yang lain, mereka sangat memberi sokongan kepadanya. Baig pendapat Oliveira, kemungkinan semua orang Itali lebih biasa dengan gaya mereka sebegitu atau lebih suka bercakap Itali sementara beliau terlalu inggeris.

Bertanya mengenai sama ada dia sudah tuju kepada cara kerja Wilco Zeelenberg, jawab Oliveira, beliau bukan sahaja bercakap tentang Pengurus Pasukan baharu pasukan itu tetapi, ianya secara umum tentang struktur pasukan. 

"Saya suka dengan pendekatan seperti ini dan saya akan mengenalinya dengan lebih baik. Saya suka pasukan ini dan cara kerja yang diadaptasi dalam pasukan terutama dari segi komunikasi. Seperti Razlan dan Wilco, mereka sangat komited dalam apa yang mereka uruskan.” Ungkap Oliveira

Tambahnya lagi, beliau fikir semuanya telah dilakukan dengan sangat baik dan sudah dirancang. Beliau sangat suka atas gaya kerja ini dan berfikir bahawa, sesiapa sahaja akan memberikan mereka motivasi yang sangat positif antara satu sama lain. Dengan cara ini, ianya sangat mesra pelumba supaya pelumba lebih selesa bekerja dalam pasukan.

Comments

Follow Us