- Get link
- X
- Other Apps
Fabio Quartararo daripada pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP Team berkata, jentera MotoGP YZR-M1 2023 adalah "mimpi ngeri" ketika ujian di Sepang. Beliau sendiri bingung dan tidak tahu apa yang sedang berlaku terhadap jentera tersebut.
Juara dunia 2021 itu berpendapat ada peningkatan kuasa terhadap enjin jentera 2023. Beliau sendiri gembira atas peningkatan kelajuan yang mana telah lama beliau inginkan. Ketika ujian di Sepang kali ini, begitu banyak komponen baharu yang telah dibawa oleh Yamaha untuk diuji.
Namun, pada hari terakhir di Sepang, Quartararo tergaru-garu kepalanya dan tertanya-tanya mengapa beliau bergelut pada jentera 2023 baharunya. Di akhir ujian beliau hanya mampu berada dalam kedudukan ke 19 daripada 24 pelumba yang menguji jentera. Tiada sebarang peningkatan pada hari terakhir.
"Perasaan bercampur-baur yang dapat saya katakan, sudah tentu, saya cukup gembira dengan kelajuan tertinggi yang merupakan sesuatu yang saya minta sejak sekian lama. Kami mempunyai banyak perkara untuk dicuba. Saya cukup gembira kerana kami meminta untuk menguji banyak bahagian." kata Quartararo pada hari Ahad di Sepang.
"Walaubagaimanapun, hari ini perasaan itu tidak bagus. Maksud saya, ia hebat di beberapa kawasan dan dengan tayar lama saya berasa sangat gembira. Dengan hampir 22 pusingan pada tayar yang sama saya mencatatkan 2m00s sepusingan."
"Tetapi ketika kami memakai tayar baru, ia bagaikan mimpi ngeri. Jadi, kita perlu memikirkan mengapa dengan tayar baru itu tidak boleh mengorak langkah ke hadapan. Kami tahu ia adalah perkara paling penting sekarang kerana kita memerlukan tayar baharu ketika sesi kelayakan. "
"Sekarang ini kami tidak mampu mengorak langkah di hadapan. Tahun lalu dalam kelayakan di sini kami juga bergelut, Jadi mudah-mudahan di Portimao nanti kita dapati penyelesaiannya."
"Ini adalah masalah, jika saya tidak melihat skrin dan melihat masa pusingan saya, saya rasa seperti saya menunggang dalam 1m58s sepusingan. Kemudian, apabila saya melihat masa pusingan, ianya hanya 1m59s. Ia tidak seperti, apa yang sepatutnya berlaku. "
"Saya kehilangan bahagian depan dan tidak mempunyai cengkaman. Saya tidak tahu apa yang berlaku, Ini adalah masalah terbesar." tutup Quartararo
Untuk Rekod, sepanjang Quartararo mula bersaing di kejuaraan MotoGP, beliau merekodkan enam petak utama, empat petak utama pada 2020, lima pada 2021 dan hanya satu musim lalu.
Adakah Yamaha dapat menyelesaikan masalah ini? Kita nantikan
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment