Mula rasa tekanan...


Warna oren putih boleh dikatakan senantiasa menghiasi podium sejak dari dulu sebagai lambang merangkul kemenangan di kebanyakan perlumbaan.Ia satu jenama yang gah di arena MotoGP lebih dari sedekad dan semestinya kekuatan tersebut haruslah dijaga dan dipertahankan.

Juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir akui bahawa tanggungjawab yang digalas agak besar pabila menyarung warna serba oren ini. Menurutnya Repsol Honda hanya memandang kemenangan sebagai satu kejayaan dan bukanlah tempat kedua atau ketiga. 

Setiap pelumba yang berada di garaj pasukan itu sebelum ini pernah memenangi perlumbaan bahkan seterusnya gelaran juara dunia seperti Valentino Rossi, Casey Stoner dan Marc Marquez.

Tambah Mir lagi, ia satu impian untuk berada di pasukan Repsol Honda dan beliau percaya ia turut menjadi idaman kepada setiap pelumba yang bersaing di arena ini.

Comments

Follow Us