Yamaha perkenal R1 Race

Hari Pertama #SepangTest - Raul Amat Gembira




Hari pertama sesi ujian rasmi di Sepang menjadi sesi kedua Raul bersama RS-GP. Sebelum ini beliau telah merasai jentera Aprilia itu selepas tamat perlumbaan di Valencia.
Target beliau untuk sesi awal tahun ini hanyalah ingin lebih kilometer dan berseronok dengan jentera baharunya itu. Bagi Raul RS-GP amat mudah ditunggangi kerana tidak memerlukan kekuatan fizikal yang lebih berbanding KTM dahulu. Tambahan lagi beberapa krew di garajnya kini ialah individu yang pernah bekerjasama dengannya ketika di kategori Moto2 dahulu. 
Catatan masa Raul buat hari pertama di Sepang telah pun di bawah 2 minit dan itu menunjukkan bahawa beliau betul-betul berseronok pada hari semalam. Hari ini kita akan lihat, jika segalanya positif, tidak mustahil beliau mampu membuat catatan masa dalam lingkungan 1 minit 58 saat.

Comments

Follow Us