Yamaha perkenal R1 Race

RC16 vs R1M di tangan juara dunia.


Remy Gardner kini akan memulakan sejarah baru dalam kariernya bila mana bakal berlumba di Kejohanan Superbike Dunia. Beliau berada dalam kem Yamaha sebaris dengan juara dunia 2021, Toprak Razgatlioglu. 

Baru-baru ini Remy dan rakan-rakan telah menjalani sesi ujian rasmi di Portugal. Banyak mata memerhati beliau kerana di bahunya tersandang satu gelaran juara dunia untuk kejohanan Moto2. Ramai yang menjangkakan bahawa beliau antara salah seorang yang akan menyukarkan Alvaro Bautista mengekalkan gelaran juara pada tahun ini.
Catatan masa Remy amat memberangsangkan dan seperti jangkaan, beliau tidak begitu jauh dengan senior-senior lain seperti Toprak, Rea dan Bautista. Apa yang lebih dilihat dan dinilai ialah catatan masa beliau ketika memacu jentera Yamaha R1M adalah lebih laju jika dibandingkan dengan KTM RC16 iaitu jentera MotoGP.

Dengan RC16 di litar Portugal, catatan masa Remy ialah 1 minit 40.494 saat manakala dengan R1M pula di litar yang sama ialah 1 minit 40.202 saat. Jurang perbezaan agak ketara dan jauh iaitu 0.3 saat. 

Comments

Follow Us