Rea cipta sejarah di WSBK.


Selepas perlumbaan semalam, juara dunia superbike 6 kali, Jonathan Rea telah mencipta sejarah baru di mana beliau telah membuat penampilan dalam perlumbaan sebanyak 378 kali. Ini bermakna lagenda superbike, Troy Corser telah disisihkan ke kedudukan kedua tertinggi.

Pelumba yang berasal dari Utara Irish ini membuat penampilan pertama di arena wsbk pada Tahun 2008 dengan jentera Honda di pusingan terakhir kejuaraan musim tersebut. Beliau yang ketika itu aktif di kategori supersport 600cc namun diberi peluang untuk tampil lebih awal ke kategori utama dan apa yang mengejutkan beliau tamat di kedudukan ke-4 pada perlumbaan 1. Di perlumbaan kedua pula beliau melintasi garisan penamat di kedudukan ke-15. Ternyata peluang yang diberikan tidak disia-siakan dan ia sebagai laungan daripada kedatangan pencabar baharu untuk musim-musim seterusnya.
Rea yang kini berusia 36 tahun pernah tampil di pentas MotoGP seketika pada Tahun 2012 juga dengan jenama Honda. Ramai yang beranggapan bahawa beliau bakal dibawa ke pentas tertinggi dunia itu namun hakikatnya ia tidak menjadi kenyataan.

Pada Tahun 2015, Rea yang dilihat sebagai anak emas Honda, telah membuat pilihan mengejut iaitu meninggalkan kem tersebut dan berhijrah ke Kawasaki. Di tahun pertamanya bersama Kawasaki, Rea langsung menjadi juara dunia. Beliau membuktikan bahawa dirinya memang berjiwa sang juara namun kemampuannya dibatasi oleh kebolehan jentera Honda.
Bermula dari itu, Rea secara terus menerus menjadi juara dunia sebanyak 6 kali berturut-turut dan memperlihatkan keperkasaan Kawasaki di pentas WSBK. Ia seolah tiada tandingan langsung walaupun beberapa bekas pelumba MotoGP hadir untuk merampas gelaran tersebut daripadanya. Walaubagaimanapun waktu bersilih ganti dan muka baharu, Toprak Razgatlioglu akhirnya berjaya memecahkan rekod kejuaraan Rea pada Tahun 2021. Namun ia bukan mudah untuk menewaskan Rea kerana mereka bersaing hingga ke hujung musim.

Comments

Follow Us