Yamaha perkenal R1 Race

Red Bull ❌ Ford


Red Bull dan Ford akan mengumumkan kerjasama dalam pembinaan enjin jentera F1 2026 mereka. Dikhabarkan kerjasama Red Bull bagi memperkenalkan reka bentuk jentera baru RB19 bagi musim 2023 dalam satu acara di New York. 

Walaupun ianya tidak dapat dipastikan secara rasmi oleh Red Bull atau Ford, namun media daripada Itali telah membocorkan khabar angin ini dengan perkongsian gambar bahagian ekor belakang Powertrains Red Bull yang tertera logo Ford.

Untuk rekod, Ford telah meneroka kemungkinan akan kembali ke program F1 dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan berpandukan kepada peraturan enjin 2026 yang mana merangkumi 100% bahan api mampan serta memberi peningkatan dalam komponen elektrik enjin sehingga hampir 50% seperti apa yang dinyatakan oleh F1 itu sendiri. 

Bagi Ford, kekerjasama dengan Red Bull adalah mencipta enjin F1 pertama untuk pasukan Red Bull bagi kempen 2026 nanti. Ianya juga bakal menawarkan pemilikan mampu milik buat Ford untuk memasuki grid F1.

Red Bull Racing dan AlphaTauri juga bakal mengumumkan penggunaan enjin di bawah jenama Ford yang mana merangkumi perjanjian, suntikan kewangan dan teknikal daripada pengeluar Amerika Syarikat sebagai pertukaran untuk hak penjenamaan bermula 2026.

Ford mempunyai sejarah sebagai salah satu pengeluar enjin terkemuka F1, termasuk rekabentuk enjin Cosworth DFV yang sangat berjaya sebelum ini. Ford tidak lagi hadir di grid F1 sejak 2004 yang mana pada tahun 2003 mereka menjual pasukan mereka (Jaguar) kepada Red Bull. 

Kerjasama Ford dan Red Bull di F1 telah lama bermula iaitu pada tahun 1995 apabila Sauber yang dimiliki majoriti oleh Red Bull menjadi pasukan yang bekerja di bawah jemama Ford. 

Kerjasama Red Bull dengan Honda pula bakal berakhir selepas musim 2025 dan seterusnya bakal membentuk perkongsian baru bersama Ford bermula 2026.

Red Bull telah merangkul kejuaraan pemandu musim 2021 bersama Honda dan mencapai persetujuan untuk terus menggunakan enjin mereka selepas Honda secara rasmi meninggalkan F1 pada tahun tersebut. 

Enjin Honda telah memberikan kejayaan buat Max Verstappen dan Red Bull untuk memenangi kejuaraan berganda pada 2022 dan kedua-dua pasukan Red Bull mempunyai perjanjian untuk terus menggunakan unit kuasa yang dibina dan diselenggara oleh Honda selama tiga musim lagi.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TW #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #redbullracing #ford

Comments

Follow Us