Shah Alam tempat bersejarah bagi Valentino Rossi

📷 MotoGP

Juara Dunia 9 Kali MotoGP, Valentino Rossi memulakan karier beliau di Kejohanan Motosikal Grand Prix Dunia (MotoGP) pada tahun 1996. Ketika itu beliau berusia 17 tahun dan menyertai pasukan Scuderia AGV Aprilia dalam kelas 125cc. 

Pada masa itu, Jadual perlumbaan MotoGP musim 1996 dimulakan di Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang belum lagi wujud dan Litar Batu 3 Shah Alam lah menjadi litar antarabangsa menganjurkan kejohanan Motosikal Grand Prix Dunia.

Litar ini dibuka pada tahun 1968 dan menjadi hos Grand Prix sehingga 1982. Litar ini pernah ditutup sementara pada tahun 1977 berikutan satu kemalangan ngeri perlumbaan yang meragut 6 nyawa kanak-kanak yang menonton perlumbaan ketika itu. 


Tetapi ianya dibuka semula pada tahun 1985 dengan memperbaharui infrastruktur litar dan jarak litar juga ditambah dari 3.38km ke 3.693km. Pada tahun 1991 hingga 1997 dianjurkan kejuaran Motosikal Grand Prix Dunia dan Mick Doohan adalah pelumba paling berjaya bagi kelas 500cc di litar ini.

Litar ini ditutup kerana pembukaan Litar Antarabangsa Sepang. Pada tahun 2003 Kerajaan Selangor ketika itu dibawah pimpinan Khir Toyo telah menjual tapak litar ini kepada pemaju. Seterusnya, litar ini dirobohkan dibangunkan taman perumahan mewah dan pusat membeli belah iaitu sekarang Kediaman D'kayangan, AEON Shah Alam. 

Tidak dinafikan lagi Valentino Rossi sudah dikenali sebagai ikon MotoGP di seluruh dunia. Malah Rossi bukan hanya terkenal kepada peminat dunia pemotoran sahaja tetapi boleh dikatakan yang tidak mengikuti perkembangan permotoran pun kenal Rossi. 

Dengan fakta ini, kita amatlah berbangga bahawa Rossi pernah berlumba dan ia adalah perlumbaan pertama beliau di litar Batu 3 Shah Alam yang penuh bersejarah dalam kejohanan ini.

Tahun 2021 Rossi akan bersama pasukan Malaysia iaitu Petronas Yamaha SRT dan ini pasukan terakhir beliau sebelum bersara. Lebih ikonik, beliau berlumba pertama kali di Malaysia dan terakhir bersama pasukan Malaysia. 

Nama SRT juga diambil sempena nama Litar (Sepang Racing Team) dan jika litar Batu 3 dikekalkan sehingga sekarang dan di jadikan litar Utama seperti Sepang, mungkin nama pasukan akan menjadi Petronas Batu 3 Racing Team.😁


Comments

Follow Us