Shakedown Test hari ke 2. Cuaca hujan menganggu pasukan

Hari kedua ujian Shakedown tidak berjalan begitu baik apabila, perancangan semua pasukan terjejas akibat hujan di Litar Antarabangsa Sepang hampir sepanjang hari. Pelumba ujian dan rookie, Augusto Fernandez daripada pasukan GASGAS Factory Racing Tech3 terpaksa menunggu sehingga jam terakhir untuk tunggu trek kering.

Berikut adalah sedikit laporan apa yang berlaku pada hari kedua ini:

YAMAHA

Faktor cuaca yang mengganggu halangan utama tentang Yamaha.  Cal Crutchlow sekali lagi menjadi satu-satunya pelumba yang keluar ketika trek basah. Menurut pandangan Pengurus Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Maio Meregalli, apabila hujan, boleh dikatakan rancangan ujian mereka hari ini adaah "sia-sia"


DUCATI

Setelah menggunakan pakej aerodinamik baharu pada hari Ahad, Michele Pirro dari kem Ducati menggunakan setting aero yang biasa pada hari Isnin.  Kedua-dua Desmosedici itu memang mempunyai versi ekzos ekor yang berbeza-beza. Ada saiz yang besar dan ada juga yang sedikit pendek. Walaupun hujan, ia bukanlah hari yang sia-sia untuk pasukan juara dunia itu. 


KTM

Pelumba ujian star KTM, Dani Pedrosa melengkapkan ujian pada hari Isnin bersama krew Brad Binder setelah beliau bekerja bersama krew Jack Miller semalam. Tumpuan utama KTM kali ini adalah untuk membandingkan spesifikasi enjin yang berbeza-beza. pelumba ujian baharu mereka, Jonas Folger bersama-sama Juara Dunia tiga kali itu untuk hari kedua aktiviti ujiannya.

Pengurus Pasukan KTM, Francesco Guidotti mengakui bahawa rancangannya adalah untuk menguji pakej aero baharu pada penghujung Shakedown, namun disebabkan hujan, nampaknya ia akan kesuntukan masa untuk berbuat demikian sebelum Ujian Rasmi bermula pada hari Jumaat.

Augusto Fernandez dari GASGAS Factory Racing Tech3 pula terus membiasakan dirinya diatas jentera MotoGP. Walaupun hujan, hari ini tidak merugikan Fernandez apabila beliau berpeluang untuk melatih diri dalam keadaan litar basah.


APRILIA

Aprilia mempunyai sesuatu yang inovatif pada fairing hadapan pada hari ini yang dikutip daripada kata-kata Pengurus Pasukan Aprilia Racing,Paolo Bonora. Selain itu, Bonora juga menerangkan cara aero kilang tersebut "direka bentuk semula" selepas mengujinya di terowong angin sepanjang cuti musim sejuk.

Jika termasuk jentera milik Miguel Oliveira dan Raul Fernandez dalam kem RNF MotoGP Team, Aprilia mempunyai 10 jentera di Sepang untuk Shakedown dan Ujian Rasmi.  Tugas Lorenzo Savadori lebih padat apabila beliau ditugaskan untuk menyediakan segala-galanya kepada Aleix Espargaro dan Maverick Viñales. 


HONDA

Penunggang uji Stefan Bradl dilihat menguji casis yang dikemas kini daripada private test di Jerez baru-baru ini.  Di samping itu, bekas Pengarah Teknikal Suzuki yang kini berpindah ke HRC, Ken Kawauchi berada di dalam garaj untuk memahami persekitaran baharunya.

Esok dijangka litar akan kering seharian dan kemungkinan semua pasukan bakal sibuk untuk menguji peralatan mereka sebelum ujian rasmi yang akan diadakan bermula pada hari Jumaat ini


Sumber berita: Motogp.com

📷 : MotoGP

Comments

Follow Us