- Get link
- X
- Other Apps
Jurutera Ducati memilih untuk membuat perubahan radikal pada jentera sedia ada yang menamatkan penantian selama 15 tahun sebagai juara keseluruhan MotoGP musim lepas. Pelumba daripada pasukan kilang iaitu Bagnaia, Enea Bastianini, Jorge Martin dan Johann Zarco (Pramac) berasa lega apabila mendapati GP23 adalah evolusi kepada model tahun lepas.
Kerja-kerja pembangunan dibahagikan kepada empat pelumba tersebut untuk menguji enjin baharu yang dianggap berjaya dari awal ujian dilakukan. Martin, yang mengungguli catatan masa hari kedua, berkata beliau sudah bersedia untuk berlumba.
Selain itu, Martin boleh membuat masa pusingan yang pantas apabila menunggang dengan gaya tunggangan smooth. "Saya tidak perlu agresif untuk menjadi pantas". Ungkap Martin. Berlawanan pula menurut Bagnaia, beliau berpendapat pengendalian jentera GP23 lebih agresif.
“Pada hari pertama dengan jentera baharu, saya berasa sangat hebat,” kata penyandang juara itu, yang merasakan jentera 2023 itu sudah berada pada tahap terbaik dengan lebih banyak lagi penambahan ketika sampai di ujian terakhir nanti.
Pelumba daripada pasukan Mooney VR46 dan Gresini Ducati yang menunggang jentera GP22 dilihat mampu untuk memberikan keputusan terbaik di dalam ujian kali ini. Ini adalah satu perkembangan terbaik untuk kem Ducati.
Nampaknya walaupun keputusan dari jentera baharu Ducati begitu positif, ada pendapat yang berbeza dari setiap pasukan dan pelumba. Dapatkah mereka mengekalkan keputusan ujian yang baik di Portimao nanti sebelum perlumbaan sebenar? Sama-sama kita nantikan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment