- Get link
- X
- Other Apps
Jika kelihat kepada catatan masa dan data kelajuan selepas tiga hari ujian di Sepang, keputusan awal ujian menunjukkan bahawa Aprilia mempunyai peluang terbaik untuk mengalahkan pasukan Ducati.
Aprilia nampaknya secara konsisten pantas sepanjang ujian di Sepang dengan Maverick Vinales ketiga terpantas pada catatan masa gabungan.
Maverick Vinales - P3
"Saya sangat berpuas hati. Aprilia melakukan kerja yang sangat baik sepanjang ujian ini. Saya sudah berasa lebih selesa di RS-GP. Jelas masih terdapat perkara yang perlu diperbaiki kerana dalam ujian pertama ini kami mencuba banyak komponen yang berbeza tanpa membuat banyak perubahan.
Tetapi secara keseluruhan, saya fikir kami mempunyai potensi teknikal yang lebih tinggi daripada yang kami lakukan pada penghujung musim lalu dan itu adalah keputusan yang luar biasa untuk ujian pertama."
Pada kelajuan 337.5 km/j Vinales berada di kedudukan teratas dalam carta kelajuan bersama rakan sepasukan Aleix Espargaro dan juara bertahan dunia Pecco Bagnaia.
Kedua-dua pelumba Aprillia itu menyukai jentera RS-GP yang baharu dan menganggap ia adalah langkah positif dalam semua komponen yang diuji mereka. Antara yang paling ketara adalah bahagian aerodinamik, enjin, casis dan pakej elektronik semuanya memberikan keputusan yang positif.
Maklumat dan data yang dikumpul akan dianalisis dan dinilai sebelum ujian Portimão nanti. “Sepanjang empat minggu akan datang sebelum ujian terakhir, pasukan akan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik sebelum perlumbaan pertama diadakan” kata vinales.
Aleix Espargaró – P6
“Saya boleh menganggap diri saya berpuas hati dengan ujian pertama ini, walaupun cuaca agak tidak menentu kelmarin. Namun pada hari berikutnya kami dapat menguji secara total kerana cuaca lebih baik. RS-GP baharu pastinya lebih pantas daripada versi sebelumnya.
Ia telah meningkat sedikit dalam setiap kawasan jika kita menambah banyak perubahan kecil terhadap jentera. Apa yang kita lihat pada hari ini, hasilnya adalah sangat baik. Ini tidak mengubah fakta bahawa masih terlalu awal untuk memberi pendapat yang muktamad.
Namun jurutera mempunyai masa lebih kurang sebulan sebelum ujian seterusnya di Portimão nanti dan kita harap masih banyak yang boleh berubah.”
Musim ini Aprilia mempunyai empat motosikal di grid perlumbaan dengan Pasukan MotoGP RNF bertukar daripada Yamaha kepada jenama Itali (Aprillia) untuk musim 2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment