- Get link
- X
- Other Apps
Red Bull KTM Factory Racing dan GASGAS Factory Racing datang ke Litar Antarabangsa Sepang dalam iklim Malaysia yang panas dan hujan untuk menguji jentera RC16 mereka.
Selama 3 hari di Sepang, kita dapat dilihat pasukan-pasukan dari Kem KTM bersungguh-sungguh menganalisa program pembagunan jentera baharu tersebut.
Brad Binder – P14
“Kami melalui banyak perkara yang berbeza dan banyak bahagian yang berbeza yang kami uji. Pada hari terakhir kami mempunyai sesuatu yang baharu setiap kali kami meninggalkan pitlane. Jadi, kami mengumpul banyak maklumat dan data untuk dianalisa oleh jurutera.
Saya rasa kami mengurangkan sedikit perubahan tetapi kami semakin hampir dengan pakej yang kami mahukan untuk perlumbaan nanti. Matlamat saya di Portimao adalah untuk meneruskan proses itu dan saya mahu memulakan Grand Prix pertama dengan gabungan terbaik daripada semua bahan baharu yang telah kami cuba setakat ini.
Krew dan jurutera kami bekerja keras di sini untuk menyelesaikan seberapa banyak masalah yang kami hadapi. Kami mencatatkan masa trek yang agak baik setakat ini.”
Jack Miller - P18
“Menjelang hari terakhir kami merumuskan jurutera dan krew pasukan membuat langkah yang baik untuk melihat saya berada selesa ketika berada pada jentera. Kami terus mengubahsuai geometri dan pelarasan terakhir yang membolehkan saya berasa selesa ketika menggunakan tayar terpakai.
Saya sangat gembira dengan enjin baharu dan paling penting saya semakin selesa ketika berada di atas jentera. Kami akan meneruskannya ujian di Portimao dan saya fikir kami telah mencatat sebanyak mungkin data di sini. Ini adalah proses yang sangat baik untuk ujian di Sepang.
Pol Espargaro – P13
“Hari ini adalah hari terbaik buat kami. Kami mencuba pelbagai perkara penting seperti enjin, beberapa parameter penting, aerodinamik, dan semuanya berfungsi dengan baik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Mobiliti Pierer kerana penambahbaikan yang dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah luar biasa.
Kami mempunyai jentera yang berfungsi dengan baik, dan pastinya saya gembira di sini. Walaupun catatan masa saya hanya berada di kedudukan ke 13, namun sepanjang ujian kami disini, kami berada dalam 5 kedudukan teratas.
Apa yang penting adalah sesi kelayakan di Portimao GP nanti, bukan masa catatan ujian. Ia sangat mudah untuk membuat pusingan pantas selepas tiga hari ujian, tetapi ia tidak begitu bermakna. Tahun lepas, saya antara yang terpantas di sini dengan satu pusingan terbaik.
Tetapi ketika perlumbaan musim 2022 adalah bencana bagi saya. Bagaimanapun, saya gembira dengan hasil kerja yang saya dilakukan di Sepang. Saya tidak sabar untuk pergi ke Portimao dalam masa sebulan untuk membuat pelarasan terakhir sebelum berlumba.”
📷SIC |
Augusto Fernandes -P22
“Saya pulang dengan perasaan yang positif. Sepanjang tiga hari, kami membuat banyak kemajuan, termasuk pelarasan dan perasaan pada jentera. Kami juga melakukan masa sepusingan yang baik. Saya sangat memerlukan masa trek kering jadi saya gembira dengan cuaca hari ini.
Kami melakukan sebanyak mungkin pusingan sehingga hujan tiba. Pada satu masa saya berjaya pergi ke kelompok pertengah ujian masa, namun masih banyak yang perlu saya usahakan. Setiap langkah kecil adalah penting, dan saya telah belajar begitu banyak setiap hari.
Saya berasa lebih yakin pada jentera dan saya mula berasa seperti penunggang MotoGP! Saya akan menyemak dengan teliti semua data dan juga data dari pelumba lain. Seterusnya kami akan menjalani ujian di Portimao, dan ia tidak akan mudah dengan jentera MotoGP. Kami akan terus bekerja, cuba bersabar dan melakukan sesuatu dengan bijak.”
Francesco Guidotti
KTM Red Bull
“Kami melakukan banyak kerja di sini dan semua orang yang terlibat melakukan usaha yang luar biasa. Kami mengumpul semua maklumat dan kami perlu terus bekerja keras dalam minggu-minggu akan datang untuk mencari langkah seterusnya untuk ujian kedua di Portugal.
Kami ingin mencari beberapa persepuluh saat lagi. Kami mempunyai tayar yang mencukupi di sini untuk membuat persediaan jentera tetapi tidak begitu banyak data pembangunan jentera. Keadaan cuaca juga memeberikan tekanan dan jentera keluar secara terhad terutamanya pada hari kedua.
Bagaimanapun, kami tetap bekerja keras untuk memberikan pelumba kami pakej terbaik. Jadi pastinya pasukan sangat gembira, walaupun kami tahu kami masih boleh melakukan lebih banyak lagi" .
KTM dan pasukan di bawahnya kini mempunyai satu bulan untuk ujian kedua bagi menguji komponen dan menyelesaikan tetapan sebelum perlumbaan sebenar diadakan. Ujian akhir pramusim MotoGP akan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, Portugal pada 11-12 Mac.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment