- Get link
- X
- Other Apps
Tidak ada perubahan menunjukkan betapa malangnya tahun 2022 untuk Honda. Itu adalah pendapat dari kem Honda sendiri untuk musim 2023. Marquez dan rakan sepasukan baharunya, Joan Mir menjangkakan perubahan besar. Namun mereka agak kecewa dengan ujian pra musim di Sepang kali ini.
HRC membawa enjin baharu yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada enjin 2022. Namun keputusan bersama jentera RC213V nyata kekal seperti tahun sebelumnya. Marquez mengadu dia masih tidak selesa apabila brek untuk memasuki selekoh. Jentera 2023 ini berada jauh dari Ducati ketika jentera keluar daripada selekoh.
"Saya tercari-cari di mana kemampuan jentera apabila di pintu keluar selekoh terutamanya bahagian hadapan," kata Marquez. Terdapat beberapa aspek yang membingungkan pendekatan Honda di sini. Sehinggakan Marquez dan pelumba ujian mereka Stefan Bradl kelihatan menunggang jentera Honda itu tanpa sayap ketika hari terakhir ujian.
Selain itu, jentera ketiga (experiment bike) menampilkan beberapa komponen lama, seperti lengan ayun (swing arm). Jika HRC melihat ke belakang untuk mencari penyelesaian, bagi Marquez ianya mungkin masih terdapat kekeliruan tentang cara untuk memberikan keputusan yang positif.
Namun perkembangan positif ialah suasana organisasi kem Honda kelihatan lebih baik. Ini kerana kemasukan Pengurus Teknikal baharu iaitu Ken Kawauchi daripada Suzuki. Marquez turut bercakap mengenai keadaan fizikalnya yang semakin baik berbanding lima pramusim sebelum ini. Tetapi Honda kelihatan jauh dari pesaing mereka seperti pada musim luruh tahun lepas.
Penambahbaikan besar perlu dilakukan secara drastik. Itu adalah kemahuan Marquez sendiri menjelang ujian terakhir di Poartimao nanti.
Bukan sahaja Honda, Yamaha juga mempunyai masalah pada jentera baru mereka. Dapatkah pengeluar dari Jepun ini menangani masalah yang membelenggu mereka ketika ujian di Sepang?
Sama-sama kita nantikan.
Teruskan Bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment