- Get link
- X
- Other Apps
Pada hari pertama ujian pramusim di Sepang, Pasukan Yamaha amat berkeyakinan dengan ujian yang akan mereka lalui dan berharap agar mendapat sesuatu yang positif. Keyakinan yang sama disampaikan dengan gerak geri Fabio Quartararo ketika berada di atas jentera pada hari pertama ujian, menambahkan keyakinan pasukan.
Namun, segalanya berubah pada hari kedua dan hari ketiga. Pada hari terakhir, di penghujung ujian, juara dunia 2021 itu kelihatan begelut dan terkejut dengan kekurangan cengkaman pada tayar baharu dan ketika kapasiti bahan api pada jentera yang rendah. Jentera M1 itu juga susah untuk dikawal terutamanya apabila keluar dari selekoh.
Tidak dinafikan, jentera mereka telah memperoleh kelajuan tertinggi berkat unit kuasa yang baharu. Oleh kerana percaya kepada peningkatan kuasa itu, Yamaha menangguhkan rancangannya untuk mengubah struktur lain. Peningkatan kuasa itu membuat pasukan tidak melakukan banyak perubahan lain kecuali pada pakej aerodimamik jentera.
Quartararo menegaskan kelajuan yang diidamkan adalah kemahuannya, tetapi masih ada kelemahan yang lain pada jentera yang perlu diberi keutamaan oleh jututera Yamaha. Berada pada tempat ke-19 pada hari terakhir ujian, hanya satu tempat di hadapan rakan sepasukannya membuatkan bekas juara dunia itu kebingungan.
“Apabila kami memakai tayar baharu, ia bagaikan satu bencana dan mimpi ngeri bagi kami". "Kami sangat perlahan dan ketinggalan satu saat". Perkara yang paling teruk ialah kami tidak dapat menyelesaikannya pada hari terakhir". Jelas Fabio Quartararo didalam temuramah pasca Ujian Rasmi di Sepang.
Yamaha menamatkan hari terakhir ujian di Sepang dengan penuh kegagalan. Niat mereka adalah untuk memperhalusi jentera prototaip mereka yang akhirnya menemui jalan buntu. Ketika ini, mereka dibayangi kehebatan jentera Itali yang nampak lebih maju kehadapan. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan pada ujian rasmi berikutnya di Portimao, ianya akan merumitkan masa hadapan kedua-dua pelumba mereka.
Kini selesailah kesemua siri pasca test daripada semua pengeluar di MotoGP. Bagi belum membaca boleh klik link setiap jentera di bawah:
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment