- Get link
- X
- Other Apps
Tugas sebagai pelumba penguji sememangnya tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Rata-rata hanya memandang keputusan perlumbaan daripada pelumba-pelumba utama sahaja sedangkan pembangunan jentera yang diguna pakai itu turut mengandungi hasil kerja para pelumba penguji.
Bagaimana pelumba penguji bekerja?
Secara ringkas, terdapat dua cabang utama gerak kerja mereka; pertama fokus kepada peralatan baharu, kedua memacu seperti gaya tunggangan pelumba utama.
Dalam usaha membangunkan jentera RC213V, pihak HRC kini begitu bersungguh-sungguh melakukan perubahan supaya ia mampu ditunggangi dengan baik oleh para pelumba mereka. Untuk menguji setiap hasil kerja tersebut, Stefan Bradl perlu meniru gaya tunggangan Marc Marquez supaya data yang diperoleh dapat dirujuk oleh Marc dan seterusnya dikembangkan lagi.
Ia bukanlah satu tugasan yang mudah kerana setiap pelumba mempunyai cara dan gaya yang tersendiri namun itulah hakikat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Stefan supaya ia bermanfaat buat pihak pengeluar dan seterusnya pasukan-pasukan yang bertanding.
Comments
Post a Comment