Yamaha perkenal R1 Race

Teknologi MotoGP kini di Cub Prix

📷 Cub Prix & Alpinestar

Pada hujung minggu lalu, berlangsungnya pusingan pertama Petronas Malaysian Cub Prix yang diadakan di Sepang. 

Apa yang menarik perhatian kali ini, pelumba daripada pasukan  Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor  mula menggunakan teknologi global dalam dunia permotoran 2 roda dunia iaitu sistem Airbag pada wearpack suit. 

Umum mengetahui bahawa airbag adalah satu sistem keselamatan dimana ianya dapat menyelamatkan tubuh badan daripada kecederaan yang lebih teruk. 

Sistem airbag ini sudah diperkenalkan sekian lama tahun-tahun terakhir ini dan ianya diwajibkan di MotoGP pada tahun 2018. Sistem ini berada di bahagian belakang, bahu dan  tulang rusuk pelumba. 

Race suit ini dipadankan dengan accelerometers, gyroscopes dan GPS membolehkan ianya aktif ketika mengesan kemalangan hanya dalam 25mili saat sahaja iaitu suku kelajuan mata kita apabila kita berkelip mata.

Kini ianya berada di kejohanan tempatan kita dan dengan perkara ini, kita boleh lihat usaha kejohanan Cub Prix kini lebih serius membawa sukan ini ke arah level yang lebih tinggi.  

Semoga kejohanan Cub Prix ini terus maju dan berjaya di masa akan datang dengan memperkenalkan teknologi-teknologi terbaharu dalam sukan ini. 

Comments

Follow Us