- Get link
- X
- Other Apps
Semalam, pusat akademi motor minigp yang diuruskan oleh ZK Racing dan berpengkalan di Litar Antarabangsa Sepang telah dikunjungi oleh menteri besar Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri dan beberapa exco yang lain. Turut menyantuni delegasi kerajaan negeri tersebut ialah CEO Litar Antarabangsa Sepang, En. Shafriman.
Kunjungan tersebut dibuat bagi mengenali dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sukan bermotor dan khususnya minigp. Ini kerana anak kelahiran Terengganu telah menjadi jagoan dalam bidang ini dan mereka ialah Hakim Danish, Qabil Irfan dan Airel Marzuki.
Pencapaian ketiga-tiga pelumba ini amat membanggakan negeri kerana telah melonjakkan nama Terengganu ke tahap tertinggi dunia permotoran akar umbi. Mereka semuanya telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam kategori masing-masing dan seterusnya mula bersaing di luar negara dalam pentas yang lebih tinggi dan mencabar.
Hasilnya Hakim Danish pada tahun lalu telah menjadi juara asia bagi kejohanan Asia Talent Cup dan ia merupakan sejarah buat negara kerana itu adalah pertama kali anak Malaysia berjaya merangkul gelaran tersebut. Tambahan lagi, Qabil Irfan pula turut mengharumkan nama negara apabila turut menjadi anak Malaysia pertama yang berjaya menaiki podium dalam perlumbaan minigp dunia yang berlangsung di Valencia Sepanyol.
Semua kejayaan yang disebutkan itu pastinya sukar dicapai sekiranya tiada sokongan dan bantuan daripada pihak negeri. Ustaz Wan Sukairi merupakan individu terpenting yang tidak jemu menghulurkan bantuan dan memberi galakan serta semangat buat para pelumba dan ibu bapa.
Beliaulah insan yang membawa aktiviti ini naik tinggi ke perhatian pihak kerajaan negeri supaya perjalanan para pelumba lebih mudah dan terjamin. Ternyata usaha beliau tersebut tidaklah sia-sia kerana telah berjaya menempatkan nama Terengganu sebagai negeri nombor satu dalam dunia perlumbaan motorsikal.
Oh Vale
permotoran
permotoran Terengganu
Qabil Irfan
Qabil Terengganu
Terengganu
Terengganu Darul Iman
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment